Friday, June 23, 2006

Ulang baca


Saya selalu ingin lari dari Timur Tengah. Kenapa semua perhatian kita perlu ke rantau tersebut. Sebagai umat Islam mengapakan Islam perlu mengikut tafsiran pengalaman Timur Tengah? Jumlah umat di Asia Tenggara adalah lebih besar. Apakah yang disumbangkan oleh umat Islam Arab di zaman moden? Selain dari Mohammad Abduh ianya hanya kisah fanatisme, kesempitan, keterbelakangan, bila berperang kalah dah bila berunding ditipu.
Tetapi rantau itu terlalu menarik perhatian kerana terdapat jamak wacana dan pelbagai tafsiran and penafsiran semula. Isu Palestin sendiri mempunyai pelbagai tafsiran. Saya telah membaca beberapa buku dari perspektif Israel. Membaca memoir Yitzak Rabin, dan telah mengumpul memoir Dayan, Gola Meir, Shimon Peres dan semuanya ditunggu untuk dibaca. Sedang membaca karya Avi Shlaim, ahli sejarah revisionist Israeal. Maka saya kembali kepada Edward Said yang semasa hayatnya sarja Palestin yang paling terkenal untuk mengimbangi perspektif.

9 comments:

asraary said...

Ada satu ungkapan yang famous di kalangan student asing di kolej saya dahulu iaitu ungkapan 'Arab-Kharab'.yang bermaksud 'Arab-Binasa'.

rastom said...

Saya baca Taha Hussain punya buku. Nampak okay, tak berapa sempit dan fanatik.

Puan Ainon Mohd. said...

Membaca senarai buku2 yang tuan baca, sekali lagi rasa pintar saya turun satu anak tangga!

Anonymous said...

Puan Ainon pun bukan kurang hebatnya kerana jika kita bandingkan dengan buku yang dihasilkan oleh Puan Ainon Mohd kita semua turun sepuluh tangga.

Hal ini demikian saya baharu kembali dari pesti buku MPH di Jaya Jusco Klang. Kini saya baru tahu apa itu PTS setelah sekian lama. PTS itu adalah nama ataupun jenama sesebuah buku.

Dalam saya mencari buku-buku yang diprosa dalam bahasa Melayu maka saya terjumpa banyak buku yang dihasilkan oleh Puan Ainon. Jika tidak silap saya kebanyakkan buku yang dihasilkannya ialah buku-buku cara berfikir , peribahasa dan motivasi.

Anonymous said...

buat abang khalid,
walaupun saya baru darjah "satu", tapi saya merasa teruja dan puas, menghadam setiap entri yang ada.

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Shen, buku saya yg saya suka adalah "Memulakan Bisnes Sendiri", saya tulis menggunakan logik terbalik, sudah 2 kali cetak... Orang lain tulis bagaimana memulakan bisnes dengan jayanya, saya tulis berbagai2 kisah kegagalan dlm dunia bisnes bagi pendatang baru. Semuanya kisah benar. Ramai yg selepas membaca, tak jadi nak buat bisnes! Memang itulah tujuan saya menulis buku itu...

Anonymous said...

Puan Ainon. Cuba dapatkan Never Say I Assume by Tan Chin Nam. Satu buku mengenai selok belok perniagaan yang amat menarik dan baik.

Dalam buku tersebut juga Tan Sri Tan Chin Nam juga mengatakan jika dia ada peluang mengajar orang berniaga dia ingin mengajar orang tentang kegagalan orang berniaga.

Bagi dia , mempelajari daripada kegagalan adalah satu aspek yang penting sebelum berjaya.

Dalam buku tersebut juga ada menceritakan tentang perjalanan cerita dan permulaan perniagaannya yang penuh dengan cabaran , masalah , rintangan , kesusahan dan kegagalan.

Never Say I Assume.

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Shen, terima kasih atas maklumat. Ya, nanti saya akan cari buku itu, saya tinggal di kampung, sekali-sekala baru dapat ke MPH, Kinokuniya ataupun Borders....

Wah! Sejak suhu demam bola makin tinggi, Tuan Khalid nampaknya belum baca buku baru, ya? Sebab belum ada entri buku baru sudah beberapa lama....

Anonymous said...

Kampung bagus! Orangnya mesra. Tidak mementingkan diri sendiri dan ditambah pula majoritinya mudah pemikiran , ikhlas dan mulia.

Udara nyaman. Suasana tenang. Ketenangan jiwa dan minda. Terelak daripada keresahan dunia. Apatah lagi keadaan ini diguna untuk menulis mahupun membaca!

Percayalah Never Say I Assume dari Tan Sri Tan Chin Nam adalah satu buku perniagaan yang amat baik. Hehe

Salam sejahtera.