Tuesday, June 13, 2006
Konspirasi Zionis-satu pendedahan 4
Tatkala menyelidik salah seorang dari propagandis tersebut dia (Mikhail Lepekhine) terjun dalam sejarah Protokol yang sebelum ini tidak menjadi obsessi beliau. Propagandis tersebut adalah Mathieu Golovinski, putera seorang aristokrat, peguam yang dilucutkan lesennya kerana menggelapkan wang, pemberita skandal dan intrik dalam persekitran politik Russia di Saint-Pétersburg dan Paris. Semasa meneliti semua dokumen tentang Golovinski, dia bertemu dengan arkib Perancis yang tersimpan di Moskow sejak 80 tahun, menemui kesan peranannya dalam pembikinan pemalsuan terkenal tersebut. Mikhail Lépekhine segera mengesan betapa pentingnya penemuannya dalam kerangka maklumat tentang fakta sejarah mengenai pembikinan Protokol, sehingga seorang penyelidik Peranciss, Pïerre-André Taguieff (gambar), baru-baru ini menerbitkan satu koleksi dokumen lengkap (Les Protocoles des Sages de Sion, par Pierre-André Taguieff. Tome I : Un faux et ses usages dans le siècle (408 p.); tome II : Etudes et documents (816 p.). Berg International, 1992.) Dia menemukan "the missing link" ( le chaînon manquant )— iaitu identiti si pemalsu — pertemuan dua sejarah yang panjang: pada satu pihak sejarah seorang manusia kerdil yang mempunyai cita-cita besar dimana "karya"nya hanyalah satu detik dari kehidupannya yang bergelora dan bermasalah dan satu pihak lagi adalah satu pemalsuan agong dimana Mathieu Golovinski hanya seorang pelaksana dari segi teknik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment