Wednesday, June 14, 2006

Konspirasi Zionis-satu pendedahan 7


Protokol diperkenalkan kepada khalayak massa oleh harian Times di London pada 8 Mei 1920 melalui rencana pengarang bertajuk "Bahaya Yahudi, satu risalah membimbangkan. Satu siasatan diperlukan" menyebut "buku kecil" itu seperti boleh dipercayai. Setelah agak lama Times menyuluh kembali isu tersebut dalam bulan Ogos 1921, dengan tajuk "Berakhirnya Protokol," menerbit bukti bahawa ianya adalah palsu. Wakil harian Britain itu di Istanbul telah dihubungi oleh pelarian Russia "putih" di Turki, yang kelihatan mempunyai maklumat, dan mendedahkan bahawa teks Protokol tersebut adalah disadur dari risalah anti Napoleon III dalam bahasa Perancis. Kepalsuan itu dapat dibuktikan segera: sebahagian besar Protokol adalah dicedok dari risalah bertajuk Dialog dalam Neraka antara Machiavelli dan Montesquieu, yang diterbitkan di Brussel pada dalam tahun 1864. Risalah itu dikarang oleh Maurice Joly, seorang peguam anti-Bonarparte, untuk menunjukkan bahawa maharaja itu dan konco-konconya berkomplot untuk membolot semua kuasa-kuasa dalam masyarakat Perancis. Dengan menggunakan satu karya yang telah dilupakan si pemalsu Protokol mengantikan "Perancis" dengan "dunia" dan "Napoléon III" dengan "Yahudi". Penipuan dan kedangkalan tersebut akan terdedah dengan membanding baris demi baris kedua karya tersebut. Kepalsuan terbuka, tetapi misteri asal-usulnya terus kekal. Kita dengan mudah boleh tahu bahawa teks asal ditulis dalam bahasa Perancis dan kita boleh meneka bahawa ianya dibikin di awal abad (ke-20) di Paris, dalam persekitaran polis politik Russia.
Gambar: Edisi 2005 Protokol yang diterbitkan di Syria dengan tajuk Burutuqalat Hukama Sahyuun.

No comments: