Ianya merupakan pemalsuan abad ke-20 yang paling agong (la plus célèbre) dan paling trajis (la plus tragique) yang menjadi asas kepada metos antisemetik tentang konspirasi Yahudi sedunia ( complot juif mondial).
Misteri terakhir teks Protokol Pendita Zion telah terdedah. Ahli sejarah Russia, Mikhail Lépekhine, dengan menggali arkib Soviet, telah mengenalpasti identiti pengarangnya. Ia juga membolehkan kita memahami mengapa ia mengambil masa yang begitu panjang untuk mengetahui epilog ini: pemalsu tersebut, Mathieu Golovinski (gambar), melakukan kerja licik tersebut diawal kurun lalu di Paris, bekerja untuk wakil polis politik Tzar di Perancis. Selepas berlakunya revolusi Russia 1917 wakil polis politik tersebut menjadi seorang tokoh Bolshevik yang terkenal. Pendedahan fakta sejarah ini dapat menutup lubang (lakuna) fakta terakhir dalam satu sejarah pemalsuan, satu pemalsuan yang telah menghasilkan malapetaka di Eropah, terus merebak dan bercambah keselsuruh pelusuk dunia.
Monday, June 12, 2006
Konspirasi Zionis-satu pendedahan 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment