Saturday, June 17, 2006
Konspirasi Zionis-satu pendedahan 10
Dalam tahun 1890 Mathieu Golovinski dicalon oleh seorang pegawai di Saint Petersburg untuk bertugas di bawah Constantin Pobiedonostsev, ketua pendakwa gereja, dan salah seorang yang memberikan inspirasi kepada Alexandre III. Pembesar gereja Orthodoks itu adalah seorang Kristian yang militan yang melaksanakan program pengembangan agama Kristian dikalangan masyarakat pagan di Volga, Tchauvaches, dan bersama dengan paman Mathieu Golovinski dan Ilya Oulianov, bapa kepada Lénin. Mikhail Lepekhine menjelaskan: "Constantin Pobiedonostsev dirundung ketakutan jentera kerajaan akan dikuasai oleh Yahudi yang pada pernilaiannya mausia 'pealing bijak dan berbakat'". Melalui perantaraannya Mathieu Golovinski bekerja di Jabatan Akhbar, ibu pejabat yang bertanggungjawab mempengaruhi media supaya menyerahkan kepada orang atas mereka rencana-rencana yang telah siap untuk diterbitkan , mempastikan ejen-ejennya, iaitu informer and wartawan separuh masa, dibayar dan menapis dari dalam kandungan media dan memantau kecenderungan media. Ketua Jabatan Akhbar, Michel Soloviev, adalah seorang yang fanatik anti Yahudi, menjadikan Golovinski pengarang keduanya. "Golovinski menulis seperti ikan berenang di dalam air. Dia berbakat dan melaksanakan fungsi amatur tersebut dengan mudah selama lima tahun,"jelas Mikhail Lépekhine yang telah membaca sebilangan penerbitan dizaman itu.
Tetapi suana selesa untuk Mathieu Golovinski ini berhenti mengejut: Soloviev mati dan Pobiedonostsev tidak mempunyai pengaruh kepada Tzar baru, Nicolas II, yang kelihatan mahukan gaya pentadbiran yang baru. Dalang-dalang dibelakang tabir berubah dan peranan Golovinski sebagai " mouchard" iaitu sebagai informer didedahkan oleh Maxime Gorki. Dia lari ke Paris, kota yang dia lawatinya dari masa ke masa, dan menemui "kerja" yang sama pada bekas anggota Persaudaraan Suci, Pierre Ratchkovski, yang mengarah khidmat polis rahsia politik Russia di Perancis. "Golovinski khususnya dipertanggungjawabkan untuk mempengaruhi wartawan-wartawan Perancis dalam laporan mereka mengenai politik Tzar. Dia juga menulis rencana-rencana dalam akhbar harian besar di Paris dengan menggunakan nama wartawan-wartawan Perancis" kata Mikhail Lépekhine. Dia selalu aktif dan melengkapkan kegiatan itu dengan menerbitkan dalam tahun 1906, di bawah éditions Garnier, sebuah kamus Inggeris Russia dengan memplagiat dari satu edisi Russia. Dia belajar perubatan selama tiga tahun dan menikmati kehidupan selesa di Paris dengan kiriman wang berterusan dari ibunya. Kehidupan hyperaktif yang palsu ini berjalan dibalik tabir ketenangan di kawasan perumahan bandar Bourg-la-Reine sehingga 1910.
Gambar: Pierre Ratchovski (kanan) orang yang mengarahkan kegiatan polis politik Tzar di Pasir dan bertanggungjawab mengarahkan pemalsuan Protokol.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment