Tuesday, June 13, 2006

Konspirasi Zionis-satu pendedahan 3


Ahli sejarah kesusasteraan Russia, Mikhail Lépekhine (gambar) adalah antara orang yang pahing tahu tokoh-tokoh propagandis (publicistes) dipenghujung abad ke-19. Mereka, kadang kala, adalah penulis, wartawan, penulis esei politik. Tulisan-tulisan mereka muncil dalam bentuk pojok, rencana dan buku tatkala berlakunya kegoncangan politik Russia. Pengkhususan beliau adalah tahun-tahun akhir rejim Alexandre III (1881-1894) dan permulaan rejim Nicolas II (1894-1902), masa agitasi sebelum berlakunya ledakan revolusi. Beliau adalah mantan penjaga arkib Institut Kesusasteraan Russia dan penyelidik sejarah pernerbitan di perpustakaan Akademi Sains Russia yang berpengkalan di Saint-Pétersburg. Mikhail Lépekhine mengkaji kehidupan dan karya semua individu sebagai entri kepada Kamus Biobrafi Russia yang berjumlah 33 jilid.

No comments: