Friday, June 16, 2006
Konspirasi Zionis-satu pendedahan 8
Dalam arkib Français Henri Bint, ejen perisikan Russia di Paris selama tiga puluh tujuh tahun Mikhail Lépekhine menemui bukti bahawa Mathieu Golovinski adalah orang misteri yang menjadi pengarang kepada dokumen palsu tersebut. Dalam tahun 1917 Serge Svatikov sebagai wakil kerajaan baru Russia di bawah pimpinan Kerenski. Dia ditugaskan untuk memansuhkan polis rahsia Tzar. Henri Bint, yang melakukan "debriefing" dan dan kadang-kadang "turning-over" menjelaskan bahawa Mathieu Golovinski adalah pengarang Protokol dan dia (Bint) diberi tanggungjawab untuk membuat pembayaran kepada pemalsu tersebut. Duta
Tzar terakhir, Basile Maklakov, menghadiahkan arkib kedutaan kepada yayasan Hoover dari Amerika. Serge Svatikov membeli dari Henri Bint arkib peribadinya. Apabila rejim baru Bolshevik berkuasa (setelah menewaskan Kerenski) Svatikov memindahkan arkib Bint ke "Arkib Luar Negeri Russia", satu arkib milik persendirian di Prague. Dalam tahun 1946 Soviét mengambil alih arkib tersebut dan menggabungkannya di bawah Arkib Negara Persekutuan Russia di Moscow.
Gambar: Edisi bahasa Poland Protokol yang diterbitkan tahun 1943 tatkala Poland dibawah taklukan Nazi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment