Monday, June 19, 2006

Realisme Bani Hashim


Ini antara buku-buku yang saya beli di Amman baru-baru ini. Suatu ketika dahulu saya melihat Raja Hussein dari kaca mata nasional Arab, beliau sebagai tali barut Barat. Sejak beberapa tahun yang lalu pandangan saya mulai berubah dan saya mulai mempunyai pandangan yang positif terhadap beliau. Dia mewarisi politik datuknya Raja Abdullah, raja pertama Jordan. Raja Abdullah adalah putera kepada Sharif Hussein yang memimpin pemberontakan terhadap Turki (ketika itu Daulah Uthmaniah), pemberontakan yang dikelani dalam sejarah sebagah The Great Arab Revolt. Hasil dari pemberontakan itu Daulah Uthmaniah hancur dan Timur Tengah dibahagi-bahagikan kepada Inggeris dan Perancis, kuasa-kuasa Barat yang memenangi Perang Dunia Pertama. Tetapi yang mencetuskan idea pemberontakan terhadap Turki adalah Raja Abdullah, datuk kepada Raja Hussein. Mereka adalah suku Awn dari Bani Hashim. Dalam percaturan politik Timur Tengah khususnya dalam menghadapi kuasa Zionis dan kemudiannya negara Israel Raja Abdullah dan cucunya Raja Hussein mempunyai sikap pragmatis berbanding dengan sikap tidak realistik kuasa-kuasa Arab lain termasuk pemimpin-pemimpin Palestin. Akan saya tulis lagi.

10 comments:

Anonymous said...

Saya menghormati dua tokoh pemerintah Bani Umaiyah.

1) Muawiyah
2) Umar Bin Abdul Aziz
( waris seorang tokoh khulafa al- rasyidin yang merupakan satu-satunya Khalifah yang saya kagumi iaitu Umar Al- Khattab bin naufan )

* Khalifah selain daripada Umar , saya langsung tidak menghormati. Minta maaf

Anonymous said...

saya fikir bahasa saudara * Khalifah selain daripada Umar , saya langsung tidak menghormati, agak keterlaluan. Kerana jelas saudara Shenyeeaun buta sejarah Islam jika berpendapat demikian. Saya cadangkan saudara baca banyak lagi buku sejarah Islam sebelum membuat kenyataan yang agak tampak kejahilannya.Minta maaf.

Khalid Jaafar said...

Yeen Aun, mungkin kamu tidak mengkaji pemerintahan Hisham bin Abdul Malik. Dia memerintah selama 20 tahun, dia menamatkan pemberontakan Abdullah bin Zubayr dan menyatupadukan semula pemerintahan Islam. Dia menghantar tentera Islam sehingga Perancis dan bertembung dengan Charles Martel. Dia salah seorang khalifah Islam yang agong. Dan mata wang tertua Islam yang sampai kepada kita adalah mata wang beliau. Tetapi sayang kurang dikenali.

Anonymous said...

Saudara/saudari anonymous soal kagum dan hormat adalah pendapat peribadi seseorang. Khalifah itu hanyalah seorang insan yang biasa dan tidak perlulah kita mendewa-dewakannya.

Manusia juga sebernarnya khalifah di murka bumi. Abu bakar hanya menjadi khalifah untuk setahun atau 2 dan tiada banyak kemajuan jika dibandingkan dengan umar. Uthman sendiri pada 6 tahun pertama dikira baik tetapi 6 tahun selepas itu menimbulkan banyak konflik dan masalah. Ali sendiri pula belum sempat membuat sebarang perubahan yang banyak sudah digulingkan.

tiada apa-apa yang jahil di sini. ini soal pendapat peribadi. saya tidak mengkritik khalifah yang lain pada komentar pertama saya. saya juga tidak mengatakan khalifah lain tidak baik. saya tidak boleh dipaksa untuk menghormati seseorang. islam tidak memaksa. rasa kagum dan hormat itu datang dari perasaan sendiri yang tidak boleh dipaksa.

sebagai contoh , walaupun mahathir kejam tetapi saya hormatnya. walaupun pak lah nampak baik tetapi saya langsung tidak menghormatinya. Bagi insan yang lain pula mereka akan ada idola mereka sendiri. Majoriti mungkin lebih suka pak lah berbanding mahathir.

soal kejahilan tidak patut timbul kerana saya hanya menjadikan umar sebagai idola saya. lebih-lebih lagi secara sopan saya sudah meminta maaf di komentar pertama.

tuan khalid saya akan kaji tentang hisham bin abdul malik.

jika saya hendak mengkritik maka uthman dengan ali akan saya huraikan dengan panjang lebar di sini mengikut kajian saya terhadap perkembangan sejarah khulafa al rasiyidin. saya rasa tidak perlulah.

apa yang saya nak katakan anonymous. hormat itu tidak boleh dipaksa.

Khalid Jaafar said...

Yee Aun, kalau mahu berdepat tentang soal ini elok masuk ke dalam ummahonline.com. Di sana banyak diperdebatkan persoalan tersebut.

Anonymous said...

Sana semua orang sensitif la. tidak terbuka. nanti saya dianggap menghina uthman dan ali pun tetapi sebenarnya tiada niat begitu.

Sistem khalifah inilah yang telah memecahbelahkan islam kepada pelbagai puak dan mazhab. semua berebut-rebut hendak menjadi khalifah. setiap pemimpin ada penyokong mereka sendiri. yang paling ketara hari ini ialah syiah yang menyokong ali.

rastom said...

yeeaun, di malaysia yang sebesar tungau ini tiada pula sistem khalifah, tapi berpecah juga? bila kita cakap fasal sistem, terbayang satu struktur yang teratur seperti satu metode terancang. kalifah dalam skop politik perlukan sokongan dari kumpulan masyarakatnya. untuk mendapatkan sokongan perlu ada jaringan komunikasi. Jaringan komunikasi dizaman pancaroba itulah perlu dilihat, contoh: bagaimana maklumat disebar (termasuk fitnah) dan bagaimana maklumat disekat....ingat kisah sekatan dan rampasan cop mohor khalifah. Sistem tersebut boleh saja berjalan lancar kalau penguasa berjaya menyebarluaskan maklumat sebenar.

Puan Ainon Mohd. said...

Bagus masuk ummahonline.com! Kita belajar berinteraksi dengan orang-orang yang kita labelkan sebagai orang 'emosional', 'tertutup', 'radikal', 'fanatik' dan lain-lain. Kalau kita cuma pandai berinteraksi dengan orang-orang yang 'moden', 'kosmopolitan', 'terbuka', 'liberal', 'pragmatis' macam kita-kita, bagaimana kita dapat menyampaikan sudut pandang kita kepada kelompok2 itu...... Mari masuk ummahonline.com!

Anonymous said...

Khalifah terbaik dalam kajian saya terhadap Tamadun Islam ialah Umar Abdul Aziz. Malaysia memerlukan Umar Abdul Aziz.! Setakat ini dalam kajian baginda hanya ada 2 kelemahan dan tidak perlu saya jelaskan di sini. Yang paling penting , baginda terlampau hebat!.... Umar terlampau hebat sampai tidak terkata.

Abdul Malik dalam Bani Umaiyah itu tidak kurang hebatnya juga selain daripada. Banyak juga tokoh yang hebat dalam kalangan Bani Umaiyah sebelum Revolusi Abbasiyah semua tanah perkuburan mereka dikorek dan dihapuskan melainkan tempat Umar Abdul Aziz sahaja yang tidak disentuh.

Masing-masing Muawiyah dan Umar Abdul Aziz ada kehebatan mereka yang tersendiri! Kagum.

Kalau hendak pergi Ummah Online saya akan minta Muawiyah dimasukkan sebagai Khalifah dalam Khulafa Al-Rasyidin. Kalau hendak dikeluarkan maka dari segi sumbangan dan kepimpinan Ali akan dikeluarkan.

Anonymous said...

salam..
wahai saudaraku...
xperlulah kita nak kata pemimpin-pemimpin islam zaman awal...
polisi mereka kerana situasi umat islam pada masa tersebut..
x perlu nak kritik Saidina ALi..
coz beliau merupakan alah seorang yg telah dijanjikan syurga...'musabiqun al-awwalun'...sapa la kta nak kritik beliau...kita pun belum tentu dijanjikan oleh Allah syurga Lagi...
wsalam..