Tuesday, June 06, 2006

Matinya Achilles

Mengapakah saya memberikan tajuk buku pertama saya Tumit Achilles ? Ungkapan tersebut pertama kali saya gunakan dalam perenggan penutup satu esei yang cuba meneroka hubungan antara agama dengan kekuasaan.
"Tamadun Islam tidak mengenal Spanish Inquisition. Tetapi sejarah Islam mengenal Mihnah. Aneh, mazhab rasionalis -yang dikatakan liberal- menggunakan kuasa pemerintah untuk menekan golongan tradisionalis. Mazhab rasionalis itu berkubur kerana menggunakan pemerintah yang berkuasa untuk mengalahkan lawannya. Ini juga perlu dipertimbangkan oleh ulamak kerana assosiasi dengan pemerintah mungkin menjadi tumit Achilles."
Ungkapan tumit Achilles mungkin tidak pernah didengar dalam masyarakat kita. Maka saya ceritakan riwayat Yunani purbakala yang menghasilkan ungkapan tersebut.

powered by ODEO

10 comments:

Khalid Jaafar said...

Apabila membuat rakaman ini baru saya tahu betapa susahnya membaca berita di radio atau tv. Kalau ada suku kata yang tidak jelas atau sengau sedikit ketahuilah saya ini amatur. Saya selalu juga berpidato di atas pentas. Rupanya membaca buku untuk rakaman memerlukan kepakaran tersendiri.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Khalid, sekadar melanjutkan apa yang tuan sebut tentang bahayanya apabila ulamak mendekati penguasa.

Barangkali 25 tahun dahulu.... saya pernah membaca suatu buku yang mengemukakan idea yang lebih kurang beginilah maksudnya:

Dalam jalur sejarah orang-orang Islam, di negara-negara di mana mazhab sunnah wal-jamaah dijadikan mazhab rasmi, maka di situ Islam lemah. Faktor yang mencipta keadaan itu adalah tradisi amalan golongan elit ulamak sunnah yang cenderung memperdekatkan diri mereka kepada elit penguasa.

Apakah tuan fikir idea pengarang buku itu ada asasnya yang dapat dipertahankan?

Terima kasih atas pencerahan yang tuan akan berikan kepada saya.

Khalid Jaafar said...

Ingat kata-kata Lord Action - power tends to corrupt, absolute power corrupts absolutely. Institusi ulamak itu sendiri boleh ternoda kerana terlalu dekat dengan kekuasaan. Ini berlaku dalam semua mazhab: sunni, syiah, mu'tazilah. Apabila institusi-institusi Islam terlalu berkuasa, dan bila terlalu berkuasa sering menyalahgunakan kuasa, akan timbul kejengkelan bukan sahaja kepada institusi-institusi tersebut, bahkan kepada Islam itu sendiri. Seperti yang berlaku dalam sejarah Kristian. Apabila gereja terlalu berkuasa, dan kemudian korup, maka pemberontakan bukan sahaja berlaku kepada gereja bahkan kepada agama Kristian itu sendiri.

Anonymous said...

Dalam sejarah Troy , selain daripada Achilles seorang lagi yang telah ditumpaskan oleh Achilles yang bernama Hektor juga merupakan seorang wira sejati dan gagah perkasa.

rastom said...

Dalam budaya Shiah saya pernah dengar ungkapan: lebih baik berada dibawah penguasa kafir yang adil dari seorang penguasa muslim yang zalim lagi jahil. ada kaitankah?

Khalid Jaafar said...

Yee Aun, betul. Tetapi Hektor dibunuh oleh Achilles. Dan Achilles mengikat mayat Hektor di kereta kudanya dan menyeret mayat itu di sekeliling kota Troy dan memukul mayat tersebut dengan cambuk. Tetapi seorang dewi, mungkin Pallas Athena, meniupkan nafasnya agar mayat Hektor tidak busuk. Raja Priam, bapa Hektor, kemudiannya datang untuk menebus mayat puteranya. Kedua pihak melakukan genjatan senjata untuk majlis pengkebumian Hektor.

Anonymous said...

Achillis sendiri juga menyanjungi Hektor. Achilis juga adalah seorang wira yang berpaksi pada kepercayaan sendiri. Beliau tidak akan berlawan sekiranya tidak mahu. Beliau tidak akan takut kepada tekanan kuasa seperti arahan maharajanya sendiri.

Achilis sebenarnya tidak akan membunuh Hektor sekiranya Hektor tidak tersilap membunuh sepupu kesayangnya.

Ayah Hektor pula merupakan seorang Raja yang mesti disanjungi kerana keberanian dan kesayangannya dalam ditunjukkan apabila baginda membahayakan diri untuk menuntut mayat Hektor sehingga Achilis terharu.

Khalid Jaafar said...

Yee Aun, sudah baca Illiad?

Anonymous said...

Belum tuan.

Khalid Jaafar said...

Terjemahan Inggeris Robert Fagles adalah terbaik.