Saturday, June 17, 2006
Konspirasi Zionis-satu pendedahan 9
Rahsia Golovinski terpelihara sehinggalah runtuhnya komunisme dan arkib-arkib dibuka dalam tahun 1992. Justeru kerana golongan Bolshevik 1917 merupakan "rakan seperjalanan" dalam menghebahkan dongeng penaklukan Yahudi maka pihak Soviét tidak berminat untuk mendedahkan fakta kecil penipuan sejarah tersebut. Hakikat penipuan tersebut tidak menyenangkan hingga hari ini sehinggalah penemuan Mikhail Lépekhine. Ia juga didedahkan Ogos lalu oleh Victor Loupan dalam majalah Le Figaro tetapi tidak menarik perhatian media perdana.
Dengan menggunakan maklumat terperinci kembara pengarang Protokol, Mikhail Lépekhine, setelah membuat kajian selama lima tahun, hari ini boleh boleh memberikan gambaran penuh terhadap persekitaran dan motif pembikinan dokumen palsu tersebut. Mathieu Golovinski, pengarang dokumen palsu tersebut, di lahirkan pada 6 Mach 1865 di Ivachevka, dalam wilayah Simbirsk (Russia). Beliau adalah dari keturunan bangsawan, iaitu dari pengiran Henri de Mons yang mengambil bahagian dalam Perang Salib. Kehidupan keluarga bangsawan itu bergelora.
Abang kepada datuk Mathieu Golovinski dibuang daerah ke Siberia selama 20 tahun kerana terlibat dalam komplot anti raja 'Bulan Disember'; dan Basil, bapanya, akrab dengan Dostoïevski, dihukum mati tetapi terselamat bersama penulis tersebut selepas hukuman tersebut ditarik balik", cerita Mikhail Lépekhine. Basil dibebaskan setelah menjadi askar beberapa tahun dalam perang di Caucasus, dan meninggal sebab tekanan jiwa tahun 1875. Mathieu Golovinski yang masih kecil ditinggalkan dalam jagaan ibunya dan seorang pengasuh Perancis yang fasih dalam bahasa Perancis. Anak itu membesar tanpa mengendahkan pelajaran dan pakaiannya, dan juga tanpa mengendahkan persoalan moral. Mathieu Golovinski kelihatannya suka kepada intrik. Sebagai anak muda yang bercita-cita besar dia menjalin hubungan dengan pengeran Vorontsov-Dahkov, orang rapat dengan Tzar dan seorang menteri dalam istana. Menteri itu amat percaya dengan bahaya konspirasi maka selepas Alexandre II dibunuh beliau menubuhkan Persaudaraan Suci, satu organisasi rahsia untuk melawan keganasan dengan keganasan dan manipulasi. Salah satu fungsi Persaudaraan Suci tersebut adalah melakukan pemalsuan dan mencipta dokument palsu di dalam penerbitan golongan revolusioner.
Gambar: Edisi arab Protokol tahun 2003 dengan tajuk Burutuqulat Hukama Sahyuun wa usuluha al-Tauratiyyah wa al-Talmudiyyah (Protokol Hukama Zion dan sumbernya dari Taurat dan Talmud) yang diselenggarakan oleh Ahmad H al-Saqqa, seorang professor perbandingan agama di universiti al-Azhar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
budak-budak mass comm dah diajarkah bab disinformasi? masa depa dok belajaq subjek communications (Hamdan Adnan) aku tuang kelas pi library..hehe
Memang kuliah-kuliah pensyarah seperti itu wajib di'tuang'i. Aku jugak menuangi (mentuangi???) kuliah ramai lagi pensyarah. Guru kita semuanya dalam library. Tetapi library ITM masa itu muflis buku falsafah. Buku Popper, Hayek, Russell, Heidegger sebutir pun tad ada. Memanglah ITM melahirkan engineer tak berfikir dan masscommites yang tak berinformasi dan terdisinformasi.
Saya di UM dulu, tidur dalam kuliah sampai pen di tangan jatuh ke lantai! Bila pensyarah tegur, kawan baik saya kata, "Prof, dia ni tutup mata, tapi telinga bukak!" Kawan baik saya tu cikgu tua asal Kedah, cakap loghat Kedah pekat.
macam samia'na wa atho'na?
Post a Comment