Wednesday, June 14, 2006

Konspirasi Zionis-satu pendedahan 6


"Dokumen rahsia" itu segera disanggah oleh pengeran Alexander Chayla, seorang aristokrat Perancis yang telah memeluk mazhab Kristian Orthodoks yang kemudiannya akan berada dipihak "tentera putih" melawan Boshevik. Dia menemui penyunting pertama Protokol, Serge Nilus (gambar), seorang padri mistik Russia, yang menunjukkan kepadanya "naskah asal" dokumen tersebut. Dia tidak yakin dokumen itu asli. Pengeran itu menceritakan pertemuannya dengan Nilus yang berpendapat persoalan kesasihan dokumen itu tidak begitu penting. "Katakan kita terima dokumen ini palsu," kata Nilus, " tetapi, apakah Tuhan tidak boleh menggunakan kuasaNya untuk mendedahkan kebejatan yang dirancangkan? Tidakkah Tuhan, kerana iman kita, boleh menukar tulang anjing menjadi barang ajaib? Makanya Dia boleh menyampaikan kebenaran melalui melalui mulut freemason yang pembohong."

2 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih buat abang Khalid.
Terasa sangat yang terlalu banyak fakta sejarah yang saya belum tahu. Terasa sangat macam baru masuk dalam darjah satu, bila baca semua entri dalam blog abang. Setiap entri, saya baca, hayati dan dihadamkan.

Khalid Jaafar said...

Feroz, terima kasih.Saya memang berharap entri-entri yang saya tulis bermenfaat.