Sunday, June 18, 2006
Konspirasi Zionis-satu pendedahan 15 (akhir)
Selepas Perang Dunia Kedua berakhir Protokol yang diharam dibeberapa buah negara Eropah mendapat nafas baru berikutan dengan penubuhan negara Israel. Edisi pertama dalam bahasa Arab terbit di Kaherah dalam tahun1951. Berikutan itu beberapa edisi lain dalam semua bahasa, termasuk Perancis, dibanyak negara Islam. Protokol digunakan untuk mengutuk "konspirasi Zionis". "Menurut penggunaansemula ini, sekiranya Arab yang berani dan bangga boleh ditundukkan oleh Yahudi yang selekeh dan penipu, itulah bukti wujudnya komplot antarabangsa yang disusun secara rahsia oleh golongan Zionis," terang Pierre-André Taguieff. "Protokol merupakan satu model reductionis visi anti Yahudi sedunia, satu visi moderniti dalam bentuk penaklukan sedunia. Rujukan terbuka terhdap Protokol terdapat hari ini, misalnya, dalam teks dan wacana Fron Keselamatan Islam (FIS) di Aljeria dan Hamas di Palestin", tambah penyelidik itu yang telah menyusun bibliografi edisi-edisi terbaharu dokumen palsu yang tidak mahu lenyap itu.
Bibliografi ini terus bertambah panjang dan tidak terbatas di negeri-negeri Arab. Teks ini diterbitkan semula di negera-negara bekas Komunis -ianya bebas dijual di Moscow- dan baru-baru ini dicetak dengan pengedaran meluas di India, Jepun dan Amerika Latin. Ianya tidak dijual dengan sembunyi-sembunyi seperti halnya di Eropah, sebaliknya di Buenos Aires dokumen itu dijual di kiosk-kiosk. Di negara-negara ini hayat teks ini tidak terjejas dengan tamatnya Perang Dunia Kedua, menunjukkan bahawa hasil plagiat itu tidak menghalangnya dari digunakan sebagai senjata melawan "Yahudi-Bolshevik." Ianya seperti kekuatan "Nostradamus antisémitik" yang kebal dari segala serangan rasional. Pierre-André Taguieff melihat di situ sebagai pengucapan paling berkesan "metos politik moden" tentang "penaklukan Yahudi": "Dari segi strukturnya — pendedahan rahsia Yahudi melalui satu karya rahsia yang bersandarkan — teks Protokol memenuhi keinginan penjelasan, memberikan makna kepada gerak Sejarah yang tidak dapat difahami. Ian memungkinkan gerak Sejarah difahami dengan menamakan satu musuh yang unik. Ia memberikan legitimasi kepada langkah pertahanan, segala tindakan terhadap musuh mutlak dan jahat, musuh yang menyamar dibelakang pelbagai topeng: demokrasi, liberalisme, komunisme, kapitalisme, republik dll. Kejayaan dan umur Protokol yang panjang adalah menganehkan. Ianya hanya satu dokumen yang dicipta khusus untuk intrik politik dalam istana Russia. Tetapi memandangkan kandungan teks tersebut bersifat umum maka ini memungkinkan ianya disesuaikan untuk semua konteks krisis, dimana makna peristiwa berubah dan tidak dapat dipastikan. Maka kegunaan semulanya yang berterusan."
Gambar: Novel grafik Will Eisner The Plot yang terbit tahun lalu memberikan narratif yang lengkap terhadap proses, motif, individu dan pihak yang terlibat dalam pembikinan Protokol. Karya ini akan menjadi rujukan definitif dan paling mudah dikunyah untuk memahami komplot pembinan dokument tersebut. Ia juga akan menjadi sebilangan novel grafik yang terangkat untuk mendapat perhatian pembaca sirius.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Pak Khalid ada satu blog bagus,namanya 'tegakseni' pohon komen didalam kategori manakah blog ini.tima kasih.
Ada komplot Zioniske dalam blog tu
Terima Kasih.
Itulah ucapan yang wajar saya berikan kepada Abang Khalid. Sebenarnya buku yang hampir sama telah saya baca hampir 20 tahun yang lalu (baca sahaja tetapi tidak faham, sebab saya tidak berapa faham disebabkan laras bahasa Inggeris yang terlalu tinggi), sekarang bila telah "dialih bahasakan" oleh Abang, baru saya memahami keseluruhan isi kandungan "konspirasi" Zionis itu, Alhamdulillah.
Post a Comment