Buku ini saya terbitkan tiga tahun lalu. Saya bacakan catatan penutupnya. Sila klik audio di bawah. Bacaan saya masih terlalu amatur. Masih belajar, maka kalian harap bersabar.
12 comments:
Anonymous
said...
Bolehkah buku ini didapati di MPH ataupun Popular ?
Tak ada tuan. Sukar untuk mencari buku yang dihasilkan oleh ahli pembangkang. Tuan , MPH dekat mana yang ada menjualnya ? Tuan bukankah hari ini kamu kena beri ceramah perbentangan kurus jalan telawi dekat sungai petani? Mengapa masih ada masa blog dan membalas soalan?
Tuan membawa 'laptok' bersama-sama ? haha. Tuan Rastom , saya pun nak buat audio tetapi tak tahu macam mana. Aku bodohkan ? haha
Tuan Khalid, tumpang lalu, saya hendak menulis nota untuk Sdr. Shen....
Sdr. Shen, saya suka membaca nota-nota sdr.
Ayat Sdr yang berbunyi "Tuan bukankah hari ini kamu kena beri ceramah..." ada kesilapan pada penggunaan kata gantinama "kamu". Yang betul adalah "tuan".
Ini yang betul: "Tuan, bukankah hari ini tuan kena beri ceramah..."
Nota: Kata gantinama "kamu" hanya boleh digunakan apabila berkomunikasi dengan orang setaraf, sebagai contoh dengan rakan sebaya, ataupun lebih muda daripada kita.
Saya tidak ada tujuan untuk merendahkan kedudukan Tuan Khalid. Penggunaan tuan untuk mengelar tuan khalid sudah digunakan dan perkataan 'kamu'bukannya sesuatu dirujuk kepada orang yang rendah taraf. 'Perkataan' kamu ialah kata ganti diri kedua yang dirujuk kepada orang yang dirujuk , maka penggunaan ini sudah betul pada tempatnya.
Tuan Khalid hanyalah seorang insan yang biasa dan tidak perlulah saya mendewa-dewakannya dengan penggunaan kata-kata ganti diri yang lain. Siapakah yang mengatakan penggunaan kamu itu dirujuk kepada orang yang rendah martabatnya?
Kata ganti diri ini dirujuk kepada orang yang dirujuk tidak kira orang itu adalah Peguam , Perdana Menteri , pengemis mahupun orang yang kurang berupaya. Islam menekankan persamaan taraf. Semua manusia adalah sama. Sama ada tuan Khalid , tuan Rastom ataupun Puan sendiri juga layak digelar sebagai kamu. Tiada perbezaan dan lebih-lebih lagi tiada unsur pendinaan.
Taraf manusia tidak dikira dari segi faktor umur dan kedudukan tetapi dari segi ilmu pengetahuan serta pahala yang kita ada.Manusia yang jahil dan berdosa seperti kita juga tidak layak untuk mengatakan siapakah yang lebih tinggi ataupun rendah. Hanya Yang Maha Esa itu yang layak.
Saya tetap menghormati tuan Khalid. Hormat itu juga perlu kena pada tempatnya juga kerana unsur pemulukan tidak diperlukan di sini.Nanti terlampau hormat pula secara tidak langsung unsur hiperbola muncul.
Dalam pada itu , sudah menjadi kebiasaan saya untuk mempelbagaikan kosa kata saya dalam penulisan. Saya sudah begitu sebati dengan penggunaan perkataan yang sama maksud tetapi kosa kata yang lain semasa menulis. Bagi saya tidak perlulah saya asyik mengulangi perkataan tuan sahaja di sini.
Lebih-lebih lagi dalam buana ini gelaran dan nama tidak penting. Seseorang boleh digelar sebagai kamu , engkau atau awak tetapi sekiranya mereka mempunyai pahala yang banyak serta berpengetahuan tinggi maka secara tidak langsung insan ini sudah setaraf dengan 'beta' walaupun tidak digelar sebagai beta. Penggunaan beta juga tidak sesuai kepada YDPA bagi saya kerana sebagai seorang pempimpin masyarakat yang berdaulat merosakkan bahasa Kebangsaan kita dalam titahnya di kaca televisyen semasa hari jadinya dengan pelbagai kesalahan bahasa yang umum seperti penggunaan bukan kata kerja tetapi ada imbuhan 'kan' , perkataan justeru ditambah dengan itu dan banyak lagi Jelas sekali lagi disini , walaupun baginda digelar beta tetapi adakah.............saya tidak mahu sambung panjang lebar kerana nanti masuk ISA.
Asalkan saya tidak menghina tuan Khalid sudah memadai dan perkataan kamu bagi saya layak dan sepadan dengan tuan khalid dan penggunaan kata ganti kedua ini sememannya diwujudkan untuk kita rujuk kepada orang yang dirujuk. Dari segi bahasa , darjat dan penulisan jelas menunjukkan perkataan 'kamu' kena pada tempatnya..
Seadainya , Puan Ainon kurang berpuas hati dengan penjelasan saya , saya yang jahil dan mentah ini mohon maaf zahir dan batin dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Berilah tunjuk ajar kepada diriku yang masih perlu belajar untuk menyempurnakan diri dari semasa ke semasa untuk menjadi seorang insan yang lebih baik supaya suatu hari nanti walaupun saya digelar orang lain sebagai kamu , awak ataupun engkau tetapi pengetahuan dan pahala yang saya ada layak digelar oleh Yang Maha Esa dengan gelaran yang lebih tinggi daripada segala kata ganti nama yang ada dalam bahasa Melayu.
Tuan Khalid , kalau begitu bagaimana pula dengan ucapan kursus Jalan Telawi di Sungai Petani semalam? Sementara itu , bagaimana saya boleh mendapatkan buku ini untuk membasahkan diri saya yang dahagakan ilmu pengetahuan ?
Hmmm.... guru-guru Bahasa Melayu dan pakar-pakar linguistik Melayu di universiti (termasuk Prof. Abdullah Hassan semestinya) patut membaca jalan pikir Sdr. Shen dalam komen beliau. Ini data mikro yang sahih.
Hmmm.... (berkerut2 dahi saya sambil berfikir di manakah salahnya kurikulum pelajaran bahasa yang dilaksanakan di sekolah) Hmmm....
Tidak perlulah guru-guru bahasa untuk membaca jalan pikir saya di sini kerana tahap penguasan bahasa mereka hampir sama dengan saya ataupun dengan pelajar yang lain sahaja. Cara pengajaran mereka hanyalah masuk ke dalam kelas membaca buku teks sahaja seolah-olah pelajar tidak tahu membaca. Ada juga guru yang jarang masuk ke dalam kelas. Lebih parah lagi ada guru yang tidak tahu mengajar langsung. Inilah kehebatan sistem pendidikan yang kita ada pada hari ini sehinggalah Menteri Pendidikan kita yang mengatakan 'Malaysia is the Best' tetapi menghantar anak perempuannya ke luar negara. Pak Lah pun our Doctor is the best tetapi menghantar isterinya ke Amerika Syarikat untuk merawat penyakitnya. Puan tentu kecewa apabila mendengar sebahagian daripada masalah yang berlaku dalam sistem pendidikan kita hari ini. Ini hanya 3% daripada apa yang saya berkongsi bersama anda. Bayangkanlah jika saya hendak menyenaraikan 97% kelemahan sistem pendidikan kita sehinggalah 160 000 buta huruf baru-baru ini.
Profesor seperti Nik Safiah Karim , Profesor Abdullah Hasan dan pakar-pakar bahasa dalam DEB hanya layaklah untuk membaca.
Puan Ainon , berita terkini yang saya peroleh ialah bahasa juga terbahagi kepada kumpulan dan mazhad mereka yang tersendiri di dalam negara kerana setiap pakar bahasa mempunyai pendapat dan pendirian sendiri. Yang paling ketara pendapat bahasa Nik Safiah dengan seorang lagi ( sudah lupa namanya ) dimana ada sedikit perbezaan.
Dahulu saya ingat hanya agama sahaja tetapi kini bahasa juga ada pentafsiran mereka yang tersendiri. Haha
12 comments:
Bolehkah buku ini didapati di MPH ataupun Popular ?
MPH seharusnya ada. Popular tak tahulah.
Tahniah! Satu lompatan kwantum dengan hadirnya audio dalam blog ini!
Tak ada tuan. Sukar untuk mencari buku yang dihasilkan oleh ahli pembangkang. Tuan , MPH dekat mana yang ada menjualnya ? Tuan bukankah hari ini kamu kena beri ceramah perbentangan kurus jalan telawi dekat sungai petani? Mengapa masih ada masa blog dan membalas soalan?
Tuan membawa 'laptok' bersama-sama ? haha. Tuan Rastom , saya pun nak buat audio tetapi tak tahu macam mana. Aku bodohkan ? haha
Tuan Khalid, tumpang lalu, saya hendak menulis nota untuk Sdr. Shen....
Sdr. Shen, saya suka membaca nota-nota sdr.
Ayat Sdr yang berbunyi "Tuan bukankah hari ini kamu kena beri ceramah..." ada kesilapan pada penggunaan kata gantinama "kamu". Yang betul adalah "tuan".
Ini yang betul: "Tuan, bukankah hari ini tuan kena beri ceramah..."
Nota: Kata gantinama "kamu" hanya boleh digunakan apabila berkomunikasi dengan orang setaraf, sebagai contoh dengan rakan sebaya, ataupun lebih muda daripada kita.
Yee Aun, mungkinkah saya ada ilmu dari Zhuge Liang yang boleh berada di beberapa tempat pada satu ketika?
Mendengar audio ini bagai berada di dalam kelas masa sekolah dulu-dulu. Bila cikgu minta seorang murid membaca satu perenggan dari buku teks. :)
Pembacanya kedengaran begitu jujur dan selamba.
Apapun, kalau yang membacanya itu penulis buku itu..ianya sangat bernilai di sisi pembaca.
Saya tidak ada tujuan untuk merendahkan kedudukan Tuan Khalid. Penggunaan tuan untuk mengelar tuan khalid sudah digunakan dan perkataan 'kamu'bukannya sesuatu dirujuk kepada orang yang rendah taraf. 'Perkataan' kamu ialah kata ganti diri kedua yang dirujuk kepada orang yang dirujuk , maka penggunaan ini sudah betul pada tempatnya.
Tuan Khalid hanyalah seorang insan yang biasa dan tidak perlulah saya mendewa-dewakannya dengan penggunaan kata-kata ganti diri yang lain. Siapakah yang mengatakan penggunaan kamu itu dirujuk kepada orang yang rendah martabatnya?
Kata ganti diri ini dirujuk kepada orang yang dirujuk tidak kira orang itu adalah Peguam , Perdana Menteri , pengemis mahupun orang yang kurang berupaya. Islam menekankan persamaan taraf. Semua manusia adalah sama. Sama ada tuan Khalid , tuan Rastom ataupun Puan sendiri juga layak digelar sebagai kamu. Tiada perbezaan dan lebih-lebih lagi tiada unsur pendinaan.
Taraf manusia tidak dikira dari segi faktor umur dan kedudukan tetapi dari segi ilmu pengetahuan serta pahala yang kita ada.Manusia yang jahil dan berdosa seperti kita juga tidak layak untuk mengatakan siapakah yang lebih tinggi ataupun rendah. Hanya Yang Maha Esa itu yang layak.
Saya tetap menghormati tuan Khalid.
Hormat itu juga perlu kena pada tempatnya juga kerana unsur pemulukan tidak diperlukan di sini.Nanti terlampau hormat pula secara tidak langsung unsur hiperbola muncul.
Dalam pada itu , sudah menjadi kebiasaan saya untuk mempelbagaikan kosa kata saya dalam penulisan. Saya sudah begitu sebati dengan penggunaan perkataan yang sama maksud tetapi kosa kata yang lain semasa menulis. Bagi saya tidak perlulah saya asyik mengulangi perkataan tuan sahaja di sini.
Lebih-lebih lagi dalam buana ini gelaran dan nama tidak penting. Seseorang boleh digelar sebagai kamu , engkau atau awak tetapi sekiranya mereka mempunyai pahala yang banyak serta berpengetahuan tinggi maka secara tidak langsung insan ini sudah setaraf dengan 'beta' walaupun tidak digelar sebagai beta. Penggunaan beta juga tidak sesuai kepada YDPA bagi saya kerana sebagai seorang pempimpin masyarakat yang berdaulat merosakkan bahasa Kebangsaan kita dalam titahnya di kaca televisyen semasa hari jadinya dengan pelbagai kesalahan bahasa yang umum seperti penggunaan bukan kata kerja tetapi ada imbuhan 'kan' , perkataan justeru ditambah dengan itu dan banyak lagi Jelas sekali lagi disini , walaupun baginda digelar beta tetapi adakah.............saya tidak mahu sambung panjang lebar kerana nanti masuk ISA.
Asalkan saya tidak menghina tuan Khalid sudah memadai dan perkataan kamu bagi saya layak dan sepadan dengan tuan khalid dan penggunaan kata ganti kedua ini sememannya diwujudkan untuk kita rujuk kepada orang yang dirujuk. Dari segi bahasa , darjat dan penulisan jelas menunjukkan perkataan 'kamu' kena pada tempatnya..
Seadainya , Puan Ainon kurang berpuas hati dengan penjelasan saya , saya yang jahil dan mentah ini mohon maaf zahir dan batin dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Berilah tunjuk ajar kepada diriku yang masih perlu belajar untuk menyempurnakan diri dari semasa ke semasa untuk menjadi seorang insan yang lebih baik supaya suatu hari nanti walaupun saya digelar orang lain sebagai kamu , awak ataupun engkau tetapi pengetahuan dan pahala yang saya ada layak digelar oleh Yang Maha Esa dengan gelaran yang lebih tinggi daripada segala kata ganti nama yang ada dalam bahasa Melayu.
Maaf Zahir Batin.
Tuan Khalid , kalau begitu bagaimana pula dengan ucapan kursus Jalan Telawi di Sungai Petani semalam? Sementara itu , bagaimana saya boleh mendapatkan buku ini untuk membasahkan diri saya yang dahagakan ilmu pengetahuan ?
Hmmm.... guru-guru Bahasa Melayu dan pakar-pakar linguistik Melayu di universiti (termasuk Prof. Abdullah Hassan semestinya) patut membaca jalan pikir Sdr. Shen dalam komen beliau. Ini data mikro yang sahih.
Hmmm.... (berkerut2 dahi saya sambil berfikir di manakah salahnya kurikulum pelajaran bahasa yang dilaksanakan di sekolah) Hmmm....
Tidak perlulah guru-guru bahasa untuk membaca jalan pikir saya di sini kerana tahap penguasan bahasa mereka hampir sama dengan saya ataupun dengan pelajar yang lain sahaja. Cara pengajaran mereka hanyalah masuk ke dalam kelas membaca buku teks sahaja seolah-olah pelajar tidak tahu membaca. Ada juga guru yang jarang masuk ke dalam kelas. Lebih parah lagi ada guru yang tidak tahu mengajar langsung. Inilah kehebatan sistem pendidikan yang kita ada pada hari ini sehinggalah Menteri Pendidikan kita yang mengatakan 'Malaysia is the Best' tetapi menghantar anak perempuannya ke luar negara. Pak Lah pun our Doctor is the best tetapi menghantar isterinya ke Amerika Syarikat untuk merawat penyakitnya. Puan tentu kecewa apabila mendengar sebahagian daripada masalah yang berlaku dalam sistem pendidikan kita hari ini. Ini hanya 3% daripada apa yang saya berkongsi bersama anda. Bayangkanlah jika saya hendak menyenaraikan 97% kelemahan sistem pendidikan kita sehinggalah 160 000 buta huruf baru-baru ini.
Profesor seperti Nik Safiah Karim , Profesor Abdullah Hasan dan pakar-pakar bahasa dalam DEB hanya layaklah untuk membaca.
Puan Ainon , berita terkini yang saya peroleh ialah bahasa juga terbahagi kepada kumpulan dan mazhad mereka yang tersendiri di dalam negara kerana setiap pakar bahasa mempunyai pendapat dan pendirian sendiri. Yang paling ketara pendapat bahasa Nik Safiah dengan seorang lagi ( sudah lupa namanya ) dimana ada sedikit perbezaan.
Dahulu saya ingat hanya agama sahaja tetapi kini bahasa juga ada pentafsiran mereka yang tersendiri. Haha
A"kum dan salam sejahtera,
Buku tentang tumit ni boleh dibeli di gerak budaya, PJ. Rumah buku paling best.....
Post a Comment