Bagi pembaca serius edisi terjemahan Moss Roberts amat berguna. Bukan sekadar laras Inggerisnya lebih semasa tetapi beliau memberikan anotasi maka amat membantu pembaca utuk memahami epik San Guo dan segalam permasalahannya. Roberts memberitahu kita bahawa edisi cetak tertua adalah tahun 1522. Dan dalam edisi tersebut terdapat kata pengantar yang bertarikh 1494 yang berbunyi:"Apabila teks ini selesai para sarjana yang berminat (tentang isinya) berlawan-lawan untuk menyalinnya untuk kemudahan pembaca." Edisi 1522 inilah yang mengatakan bahawa pengarangnya adalah Luo Guanzhong, seorang sarjana yang tarikh hidupnya dipertikaikan. Ada pendapat yang mengatakan beliau hidup antara 1330-1400.
Tetapi edisi 1522 telah dilupakan sehinggalah ditemui kembali diawal abad ke-20. Terjemahan Roberts adalah berdasarkan edisi pertengahan tahun-tahun 1660an yang diusahakan oleh Mao Lun dan anaknya Mao Zonggang. Edisi ini mengandungi nota dan syarahan yang digunakan oleh penterjemahan.
Saturday, June 10, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima kasih atas nota kuliah yang penuh informasi yang saya tidak tahu langsung mengenainya.
Post a Comment