Friday, June 02, 2006

Babad Tiga Negara 2

Dalam tahun-tahun menjelang dan selepas Perang Dunia Kedua Dai Li adalah orang yang paling digeruni di Cina. Dia adalah ketua polis rahsia Chiang Kai-shek, pemimpin Guomindang selepas Sun Yat-Sen dan juga pemimpin keseluruhan Republic Cina sebelum ditewaskan oleh Mao Zedong. Apabila Generalissimo Chiang mengarahkan Dai Li menubuhkan polis rahsia tersebut dalam tahun 1932 dia mahukan organisasinya diasaskan pada kebudayaan Cina. Polis rahsia tersebut kemudiannya mengadopsi teknik KGB, Gestapo dan akhirnya FBI. Tetapi polis rahsia tersebut dibina di atas sumpah setiakawan yang mengikut model sumpah taat setia dan persaudaraan antara Liu Bei, Zhang Fei dan Guan Yu dalam San Guo.
Sejak C.H. Brewitt-Taylor menterjemahkan San Guo dengan tajuk The Romance of Three Kingdoms dalam tahun 1925 empayar bahasa Inggeris mengenal epik itu dengan tajuk tersebut. Tetapi untuk generasi sekarang bahasa Inggeris yang digunakan oleh Brewitt-Taylor agak basi. Saya merasakan begitu. Maka saya lebih selesa dengan terjemahan semula yang dilakukan oleh Moss Roberts, professor bahasa Cina di Universiti New York, dengan menggunakan tajuk Three Kingdoms (Edisi pertama 1994 diterbitkan oleh Foreign Languages Press, Beijing, dan University of California Press, Berkely, dalam tiga jilid.)

4 comments:

Khalid Jaafar said...

Ini response pada komen Yee Aun dalam posting lepas. Kena baca. baru faham konteks. Ha ha ha... tolong ketawa sebab saya nak masuk bakul dan .... saya harap Azmin dan Ezam baca blog ini. Yee Aun ini bercakap macam Zhuge Liang berdebat dengan penasihat-penasihat Sun Quan. Siapa Sun Quan? Yee Aun boleh terangkan. Yee Aun semasa memuji dan melambong saya mengatakan saya ini Zhuge Liang kepada Anwar Ibrahim. Saya boleh jadi Zhuge Liang kepada AI dengan syarat AI ada dia punya Guan Yu dan Zheng Fei. Siapa Guan Yu dan Zheng Feit itu?

Anonymous said...

Anwar sendiri kena jadi cao cao kini jika mahu kembali ke kancah politik tanah air

Sun Quan ialah pemimpin dinasti wu. Wu adalah paling lemah antra wei dengan shu tetapi menjadi dinasti yang bertahan paling lama. Paling lemah tetapi paling kuat manakala shu paling kuat pula paling lemah. Inilah realiti kehidupan.

Contoh , DAP hanya ada 70 000 ribu ahli ibaratkan wu manakala pas 170 000 berbanding keadilan 150 000. Persoalannya , siapakah yang menang pilihan raya dengan paling menonjol? Jawapannya yang sepatutnya menjadi paling lemah iaitu DAP tetapi paling kuat.

Saya tak takut kalaupun ezam masuk sini. Beliau letak jawatan sebagai ketua angkatan pemuda untuk memberi laluan kepada anak muda ataupun hendak memberi ruang kepada sendiri untuk menarik selangkah dari dunia politik dan bergerak ke hadapan dalam perniagaannya? Jawapannya hanya dirinya yang tahu.

Anonymous said...

saya tidak melontarkan fitnah tetapi hanya melontarkan satu persoalan. Haha.

Guang gong dengan zhang fei sebenarnya dahulu ialah azmin dengan ezam. Tetapi mengikut perkembangan terkini hanya tien chua dan azmin sahaja yang hampir layak menjadi guan gong dan zhang fei tetapi masih belum memenuhi syarat untuk digelar sedemikian. Tien ada sudah tanda-tanda untuk memenuhi syarat tersebutjika beliau masih terus berusaha dan berjuang.

Anonymous said...

dalam bola sepak pula , greece nampak antara yang paling lemah jika dibandingkan dengan germany , frace , england , italy dan sebagainya tetapi akhirnya muncul sebagai juara euro.

Piala thomas pula beregu kita nampak lemah jika dibandingkan dengan beregu denmark tetapi akhirnya beregu kita yang menang.

Oleh itu , inilah realiti dan hakikat hidup yang bukan sahaja berlaku di romance of three kingdom tetapi di mana-mana sahaja.

Saya sendiri sebagai penyajak terkemuka dan paling hebat di sekolah dahulu. Tiada orang yang boleh menyaingi saya tetapi bila saya berada di tingkatan 4 , saya dikalahkan dan mendapat tempat kedua tanpa diduga. Paling kuat tetapi lemah dan paling lemah tetapi kuat.