Orang Islam selalu tidak mahu, atau tidak tahu, berlaku adil. Mereka selalu marah orang lain yang tidak mahu memahami Islam. Tetapi adakah mereka cuba memahami orang lain, memahami Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Dan memahami orang lain itu dari sumber-sumber sahih agama dan tamaddun tersebut. Jangan cuba memahami agama Kristian atau Yahudi dari sumber-sumber anti Kristian atau Yahudi. Jangan cuba memahami agama Buddha, Hindu atau tamadun Cina dari sumber-sumber yang mencerca agama atau tamadun tersebut. Orang Islam pasti tidak mahu orang lain mengkaji agamanya dari sumber-sumber yang anti Islam.
Kira-kira sepuluh tahun yang lalu saya menonton vcd San Guo Yan Yik dengan sari kata Inggeris. Panjang sekali The Romance of Three Kingdoms ini. Ingat saya sampai 52 vcd. Sekarang sudah ada versi dvd.
Dan saya mengulang tonton vcd ini sampai tujuh atau lapan kali. Hampir saya hafal semua episodnya.
Saya meminati Tao Te Ching dan tulisan-tulisan yang disandarkan kepada Kung Fu Tze seperti Chun Yung, Ta Xue dan lain-lain. Tetapi saya diberitahu dikalangan masyarakat awam Cina dan lain-lain masyarakat yang dipengaruhi oleh kebudayaan Cina seperti Jepun, Korea, Vietnam kisah perpecahan dinasti Han kepada tiga negara, perang sesama mereka dan kemudian penyatuannya semula lebih meresap. Dan watak-watak dalam San Guo menjadi nama-nama legenda. Maka nama-nama seperti Cao Cao, Liu Bei, Zhuge Liang, Guan Kong, Zhang Fie menjadikan nama-nama tersebut dalam kepala saya seperti nama Khulafa' al-Rasyidin.
Thursday, June 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
sebagai seorang sinologis amator, saya mesti dapatkan VCD itu. bahasa apa digunakan dalamnya? Kantonis atau mandarin?
Mandarin. Dan enak didengar meskipun tidak difahami.
Saya juga berkira-kira mahu cuba dapatkannya. Mendengar Pak Khalid dan Shen berbicara disini sudah cukup teruja. Dimana agaknya dijual?
Tuan ada ataupun tidak sub title? Sebenarnya wayang ini boleh mengajar banyak tentang selok-belok kehidupan dunia.
Permikiran saya diransangkan dan dimatangkan oleh wayang ini. Kita lihat bagaimana orang-orang licik menipu. Kita akan tahu orang yang nampak baik tidak semestinya baik.Kita akan tahu dunia ini penuh dengan perangkap , cemburu dan kelicikan. Kita akan tahu dan belajar segala teknik serta strategi dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Banyak lagi yang dapat merasangkan pemikiran kita yang tidak dapat jawab dalam 1000 patah perkataan.
Saya agak semua kedai video Speedy ada jual. Jangan beli yang rompak. Mahal sikit tak apa. Ini pelaburan dalam memahami kebudayaan jiran-jiran kita. Dan juga banyak pengajaran moralnya.
Betul. Jika ada anak kecil galakkan mereka untuk tengok. Apa yang peroleh daripada wayang ini bukan kebudayaan cina tetapi pemikiran yang tajam dan matang.
Kita akan tahu segala tipu helah dunia manusia. Kita akan tahu segala langkah-langkah bijak tertentu yang kita boleh aplikasi dalam kehidupan , perniagaan , kerjaya , pelajaran dan sebagainya.
Kita juga akan disedarkan dengan siapakah musuh kita , siapakah orang yang nampak dalam dunia realiti tetapi tidak , siapa yang ikhlas , membaca pernyataan ataupun tindakan tersirat seseorang dan banyak lagi selok-belok dunia. Wayang ini mungkin nampak bosan pada permulaan tetapi semakin lama akan menjadi menarik disebabkan pertembungan politik , rampasan kuasa , khinat , penipuan , strategi dan teknik perang dan paling menarik ialah pertembungan antara orang yang paling bijak dengan yang paling bijak/
Banyak pengajaran moral. Sememangnya merangsangkan pemikiran kita.
Shen Xiansheng, saya banyak kali menasihatkan pemimpin-pemimpin Keadilan supaya membaca San Guo, kalau malas baca buku tengok videonya. Tak ada yang mahu mendengarnya. Itu sebab sampai sekarang tak pandai-pandai berpolitik,
hahaha. Tuan Khalid serius? Nasihatkan pemimpin melayu membaca ataupun menonton romance of the three kingdom? Haha
Tuan Khalid, saya setuju sangat dengan saranan tuan supaya jangan membaca tulisan yang anti-itu anti-ini kerana tidak mungkin ia mengemukakan fakta dengan sikap rasional.
Makanya saya adakan kursus teknik menulis secara persuasif bagi penulis-penulis PTS 11 Jun nanti.
Saya masih ingat saya mencadangkan Chandra Muzaffar yang ketika itu timbalan presiden membaca San Guo. Apa dia jawab? "Things like that never interest me." Padanlah Keadilan ranap dan kemudian dia sendiri khianat. Dia patut belajar erti kesetiaan perjuangan seperti yang ditunjukkan oleh Guan Yu and Zhang Fie.
Hakikatnya cara berpolitik keadilan sememangya lemah , lesu , tidak efektif dan tidak baik. Minta maaf. Dari pengurusan hinggalah kepada pentadbiran. Dari kiri hinggalah ke kanan. Dari atas hinggalah ke bawah.
Rombakan secara menyeluruh perlu dilakukan untuk memantapkan dan memperkuat serta memperkasakan parti Keadilan. Jika tidak maka kesudahannya akan kurang menyerlah dalam setiap pilihan raya yang akan diadakan.
Orang-orang seperti faisal mustaffa , tien chua , lee boon chye dan xavier perlu diteladani. Jika dahulu saya akan kata ezam dengan azmin tetapi baru-baru ini mereka sudah kurang menyerlah dan lebih kepada perniagaan masing-masing.Sesungguhpun demikian , cara azamin berceramah patut dicontohi. Hebat dan cukup berkesan!
Chandra itu dibeli oleh Mahathir ( cao cao) . haha
Betul. Walaupun cao cao pernah menyelamatkan guan gong tetapi guan gong hanya berkhidmat untuknya untuk satu tempoh masa sahaja sementara mencari liu bei.
Pada masa itu , cao cao cuba menawan hati guan gong dengan pelbagai harta benda hidup iaitu dari kuda hinggalah kepada wang dan kuasa.
Akhirnya guan gong tetap setia kepada liu bei.
Selain chandra , lokman dan petra kenal? haha....
Pahlawan yang paling gagah , hebat , mahir berpedang dan berlawan ialah liu bu. Kita lihat gabungan liu bei , guan gong dan zhang fei juga tidak dapat mengalahkannya. Walaubagaimanapun , pengajaran yang dapat kita peroleh ialah biar segagah mana seseorang individu tetapi ada kelemahannya. Liu Bu tamak , mudah dieksploitasi dan ditipu. Oleh itu , jangan takut kepada musuh kita yang hebat kerana masing-masing ada kelemahan untuk dieksploitasi.
Seorang lagi yang segagah liu bu ialah zhou yu yang merupakan antara lima harimau shu. Beliau seorang mengalahkan 50++ general yang sepangkat dan sehebatnya dalam perjalanan menyelamatkan anak liu bei dari kem musuh! Hebat! Dulu seorang general sudah bersamaan dengan beratus-ratus askar dan zhou yu mengalahkan 50++ dalam perjalananya.
shenyeeaun, video tu tajuknya dlm bahasa Inggeris atau tulis china (San Guo)? chandramuzaffar pandai berteori saja.saya setuju sangat dirombak Keadilan tu. kena bikin Creative Destruction, lepas tu usaha bikin tayangan perdana San Guo
saya pun tak pasti kerana sudah lebih daripada 10 tahun bila saya menonton wayang ini di kaca televisyen. Saya tak beli vcd. Itu kena tanya kepada tuan khalid.
haha
Post a Comment