Thursday, May 18, 2006
Komik lagi
Ini novel grafik yang lucu. Namun isinya sedikit filsafat. Mulanya dalam bahasa Perancis. Kerana pengaruhnya yang popular dikalangan pembaca Perancis maka diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Semalam saya diwawancara di Coffee Bean, Jalan Telawi, oleh seorang penyelidik dari Paris. Saya tanya tentang Joann Safar. Dia (perempuan muda) kata novelis grafik itu memang popular di Perancis.
Bagaimanapun saya tidak beli komik ini. Mahal, US$20. Saya baca beberapa bulan lalu di Barnes and Noble, Herndon, satu pekan kecil kira-kira satu jam memandu dari Washington D.C. Saya pergi beberapa hari ke kedai buku itu untuk membacanya sampai habis.
Kucing rabbai ini pandai dan menemani tuannya membaca kitab-kitab suci sehingga dia boleh membaca kitab tersebut tetapi tidak boleh bercakap. Suatu hari dia memperolehi kudrat berkata-kata. Dan kata-kata pertama yang diucapkannya adalah satu pembohongan. Dia dimarahi oleh sang pendita: "Kamu kucing Yahudi, berdosa berbohong."
Kucing itu menjawab:"Siapa kata aku kucing Yahudi."
"Kamu memang kucing Yahudi. Kamu milikku. Aku seorang rabbi, ergo kamu kucing Yahudi!" hujah sang pendita Yahudi.
"Kalau benar aku kucing Yahudi kenapa aku tidak bersunat?" hujah si kucing.
Si rabbi terdiam. "Apapun kamu tetap kucing Yahudi," hujah rabbi.
"Ok, aku kucing Yahudi. Setiap orang Yahudi mesti melakukan bar mitzvah (upacara penyahudian). Aku mahu dibar mitzvahkan."
Kucing itu dibawa oleh tuannya kerabbi besar untuk dibar mitzvahkan. Rabbi besar enggan melakukan upacara itu. "Tidak ada dalam kitab kucing pernah dibar mitzvahkan."
Kucing itu berdebat dengan rabbi besar, dan dia menang dalam perdebatan itu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
salam.agak encik di mana saya boleh dapatkan novel grafik ni ye?
Haha! Sdr. Icesoul, cari novel grafik ini sampai dapat!! Buat baik dengan Tuan Khalid, beliau akan bantu.
Tuan Khalid, Sdr. Icesoul ini jututera, baru pulang daripada bertugas di UAE, akan pandai berbual2 dalam bahasa Arab dengan Tuan! Beliau pelukis kulit buku PTS "Sahabat Kole Kacang" sekarang top 10 di MPH.
Saudara Jiwa Ais,
Nanti dah dapat, bagi saya pinjam ek?, hehehehe...
Icesoul (jiwairbatu?), cuba cari di Kinokuniya. Kalau tak ada buat pesanan. Mesti boleh dapat.
Panaharjuna, busur panah Arjuna itu namanya Ghandirwa. Di sebut dalam Bhagawad gita.
Tuan Khalid, Sdr Panaharjuna itu bakat besar PTS! Ghandirwa-nya memang tajam... makanya kita mahu regu dua bakat antara Sdr Panah dan JiwaAirbatu menghasilkan karya sebesar komik ini.
Salam,
Saya memang pernah melihat novel grafik itu tetapi tidak membelinya.
Rekabentuk kulitnya berjaya buat saya datang dekat dan membelek-belek.
Tuan Khalid, ini seorang lagi pengunjung, saya nak kenalkan....
Sdr. jOnOs ini seorang kartunis Islami! Beliau penasihat peribadi saya untuk projek novel grafik PTS.
cari dimana ya?
---
Jika Anda membutuhkan info tentang kampus STMIK silahkan klik website kami di http://jak-stik.ac.id
Post a Comment