Thursday, May 18, 2006

Gen kaki ayam

Barefoot Gen buat pertama kali membuat saya melihat komik secara serius. Sebelumnya semua komik saya lihat sebagai genre picisan. Saya terdorong membelinya, mungkin dua dekad lalu, kerana ia diterbitkan oleh Penguin. Kita boleh menghisab mutu buku melalui penerbitnya. Dan Penguin adalah penerbit buku-buku bermutu. Komik ini empat jilid dan saya beli dan baca semuanya. Saya suruh anak-anak saya membacanya. Saya juga beli satu set untuk anak-anak Anwar Ibrahim. Sekarang edisi baru komik manusiawi dan anti perang ini telah dikeluarkan dan diberi pengantar oleh Art Spiegelman. Siapa dia Art Spiegelman?

7 comments:

Adijin said...

Tak sangka Penguin ada terbitkan komik.

Art Spiegelman ialah penulis/pelukis komik MAUS yg memenangi Pulitzer Prize

khalidjaafar.org said...

Aadi, ramaike pengikut Spiegelman di Malaysia?

rastom said...

ساي ميمڠ ‌سوکا باڄ کوميک. دوڶو ساي باچ
MAD \gila-gila

Adijin said...

Entahlah. Komik-komik "art" mcm tu mungkin kurang popular kalau nak dibandingkan dgn komik-komik superhero dan manga.

Rasa macam nak cari komik Berefoot Gen tu kat Kino nanti :D

alifstyle said...

Nampak macam menarik. saya mesti mencarinya satu

khalidjaafar.org said...

Gayalif, awak komikus ya? Puan Ainon, boleh pakai istilah komikus?

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Khalid, ya, komikus! Apabila dieja sebelum nama khas guna huruf besar seperti ini:

Komikus Aliff
Komikus jOnOs

Tuan Khalid, Sdr. Aliff Firdaus ini penulis dan pelukis 3 buah nomik (novel-komik) PTS: "Untuk Shampoo", "Bergaduh dan Menari" dan "Rahsia Firdaus". Nomik "Untuk Shampoo" juga top 10 MPH.

Hahaha! Mungkin nanti kita terbitkan edisi jawinya.... (alamak! pikir bisnes lagi saya ini...)