Sunday, May 21, 2006
Pinggir sebagai kanun
Cacatan Pinggir, sudah lima jilid dan akan datang lagi, saya wajibkan di Jalan Telawi. Dan mereka yang ingin menulis prosa Melayu yang bertenaga esei-esei Goenawan Mohamad adalah satu kemestian. Sekiranya saya berpengaruh di Kementerian Pendidikan saya akan wajibkan lajaran Cacatan Pinggir sebagai teks untuk STPM. Juga untuk bahasa Melayu di universiti-universiti. Saya mula mengungah prosa macho Goenawan melalui Cacatan Seorang Seniman sebagai Si Malin Kundang. Pada hisaban saya esei-esei Goenawan, dari isi, laras dan kemitmen kepaba kebebasan, setara dengan prosa Octavio Paz dan Czeslaw Milosz. Baca sahaja surat terbukanya kepada Pram. Namun sekarang saya tidak membaca esei-esei Goenawan lagi. Sebabnya? anxiety of influence!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Interesting....
:-/
kat mana boleh dapat buku ni?
Federico Perazzoni ni pun pandai melayu
Mede, sah tak boleh dapat di DBP. Cuba Pustaka Indonesia, Wisma Yakin. Kalau tak ada juga, terbang aje ke Jakarta pak!
Rastom, Perazzoni ni nakpak cam bute je .. incredible hulk versi asal..tapi kurang hijau.
Setiap kali membaca blog ini, rasa pintar saya menurun satu anak tangga, terasa perpustakaan saya kecil sekali!
Memang, saya juga meminati esei Goenawan, walaupun tidak semuanya 100% saya faham. Eseinya padat, bertenaga dan luas jangkauannya.
Goenawan ini tidak semuanya kita boleh faham. Baru-baru ini terima anugerah dari Shimon Perez Foundation.
Pak Khalid apa kurangnya, saya masih belum habis teruja dengan tumit achilles walaupun dah khatam 2 purnama yg lalu...
Anxiety of influence? Apa ya?
Anxiety of Influence tajuk buku kritikus besar masa ini Harold Bloom. Penulis-penulis sering resah kalau terlalu banyak dipangaruhi oleh orang lain, terutama yang lebih besar.
Aaahh! The art of influencing others... itulah pencapaian tertinggi dalam seni bahasa....
penyair + wartawan= Goenawan Mohamad.
Post a Comment