Friday, May 19, 2006

Bermula dengan Tu Wei-Ming


Cina sedang muncul sebagai gergasi ekonomi. Kekuatan ekonominya memberikan lonjakan kepada Cina sebagai kuasa baru dalam percaturan politik antarabangsa. Dari segi politik Cina masih kekal dengan sistem kuku besinya. Tetapi dari segi ideologi Cina bukan lagi komunis. Dan Parti Komunis Cina telah menjadi parti kapitalis terbesar di dunia. Apakah ideologi yang digunakan oleh elit Cina hari ini untuk memberikan legitimasi kepada sistem pemerintahan hari ini? Konfusianisme! Sejak beberapa tahun yang lalu Parti Komunis Cina telah secara rasmi mendakap semula konfusiansime. Dan sememangnya untuk memahami tamaddun Cina kita tidak boleh mengelakkan diri dari untuk memahami konfusianisme. Tu Wei-Ming adalah penafsir konfucianisme yang terbaik hari ini dan dia seorang penulis yang sangat prolifik.

1 comment:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Khalid, terima kasih atas maklumat dalam entri ini. Berguna sekali bagi saya.... nanti saya akan menuliskan pemikiran saya dengan menggunakan maklumat ini.