Saturday, May 27, 2006
Zhuge Liang
Aneh. Di kota negara Bani Hasyim saya terdorong untuk menulis tentang strategis agong Zhuge Liang. Sebabnya? Kerana saya bersua dengan Shen Yee Aun dalam ruang maya. Dalam biodatanya Shen menyenaraikan shuyukhnya. Dan teratas sekali adalah Zhuge Liang. Saya kira Shen lebih dipengaruhi oleh siri televisyen San Guo Yan Yik dari teks novel sejarah yang ditulis dalam dinasti Ming. Dalam siri tv tersebut, saya tak tahu berapa kali saya ulang tonton sehingga anak-anak saya semua tahu nama-nama Cao Cao, Lui Bei, Zhang Fie, Guan Kong, memang menonjolkan ketokohan Zhuge Liang. Tetapi dalam imaginasi popular masyarakat Cina tokok yang dipuja dan disembah adalah Guan Kong kerana kegagahan, keberanian dan keikhlasannya. Saya juga memilih Zhuge Liang sebagai wira saya, dan kerana pengaruh siri tv tersebut. Ketika saya melawat muzeum Taiwan beberapa tahun lalu saya mencari-cari kalau ada lukisan gambar Zhuge Liang dijual sebagai cenderahati. Tidak ada. Hanya Guan Kong dan Zhang Fie, lukisan, patung dan macam-macam lagi. Dan Shen juga meletakkan Muawiyah sebagai sebagai salah seorang sheikhnya. Dan dia juga seorang aficionado chess. Shahmat! (Shahmat = raja mati, asal kata checkmate. Betul Rastom?)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
Salam perjuangan.
Ucapan terima kasih kepada tuan Khalid Jaafar kerana sudi melawati laman blog saya. Dalam pada itu , geleran yee aun yang digelar adalah betul dan tuan jangan risau. Saya mengelar tuan khalid sebagai tuan kerana umur belasan tahun saya yang masih muda lagi sebagai tanda hormat kepada warga yang lebih tua.
Syeikh Muawiyah sememangnya seorang ahli politik yang berfikiran jauh , bijak dan tajam. Minta maaf jika saya mengungkitkan bagaimana beliau rancang untuk menjatuhkan khalifah ali dan taktik politik ini nampaknya berkesan dan akhirnya beliau berjaya berkuasa di Damsyik dan terus membangunkan islam dengan beberapa perubahan baru. Hebat!
Tuan juga boleh melawati laman web cermin.menj.org yang merupakan sebuah laman web reformasi baharu gandingan beberapa darah muda termasuk diri saya yang paling muda antara semua.
Jika tuan tidak kisah , diharapkan tuan dapat memperkenalkan diri dan dalam bahasa inggeris mind to intro and know more about you? Perhaps who are u? Where are you from? what are u doing ?
Insyallah saya akan cuba untuk memblog lebih banyak rencana selain daripada politik dan yang terkini ialah sukan ! haha
Terima kasih.
Teruskan perjuangan anda!
Mengenai Zhu Ge Liang pula , beliau bukan sahaja wujud dalam rancangan ataupun siri novel 'the romance of 3 kingdom ' tetapi sememangnya wujud dalam sejarah china. Berbanding pula dengan Szu Tzu sehingga hari ini asal usul dan orangnya yang belum dikenali. Ada juga ura-ura yang mengatakan Sun Tzu mungkin tidak pernah wujud
Namun begitu , Zhu Ge Liang sememangnya wujud dan beliau sememangnya seorang pakar akademik , perang , strategi, psikologi , politik dan pelbagai lagi. Beliau sememangnya dianggap sebagai 'genius' dalam kalangan kaum cina. Ada juga orang-orang tertentu yang menyembahnya di negara China tetapi tidak di Malaysia.
Selain itu , zhu ge liang juga menjadi simbol feng shui dimana Lilian Too turut menjual patung Zhu Ge Liang sebagai alat feng shui untuk kerjaya . politik , pelajaran dan segala yang aspek dan bidang yang memerlukan penggunaan otak. Saya juga memiliki sebuah patung Zhu Ge Liang yang berharga RM 75 di dalam bilik saya yang dibeli dari World Of Feng Shui.
Guan Gong yang disebut pula adalah mirip pahlawan perang islam seperti khalid al - walid dan sikapnya hampir sama dengan khalifah umar al khattab. Guan gong sebenarnya juga wujud dalam sejarah cina tetapi terdapat sedikit perubahan dalam cerita 'san guo yin yi' untuk menjadikan ceritanya lebih menarik.
Guan Gong = Khalid ibn Walid. Ini satu perbandingan yang original. Memang strategi politik Muawiyah halus. Tak apalah orang Shiah tak setuju. Muawiyah memang tokoh besar. Yee Aun, patong Zhuge Liang saya tak mahulah. Nanti malaikat tak masuk rumah. Kalau lukisan saya mahulah. Mana boleh dapat? Ainon Mohd pun kena belajar strategi Zuge Liang. Strategi berniaga!
Gambar? Saya kurang pasti. Itu bukannya patung disembah. haha. Patung hiasan sahaja tetapi tuan nak gambar ataupun imej zhu ge liang untuk apa?
Muawiyah juga bijak memilih wakil untuk berunding sehingga wakil khalifah ali terpedaya dan tertipu. Keburukan muawiyah ialah pemerintahan bersifat autokratik yang bertentangan dengan sistem demokrasi ataupun syura yang dibawa oleh Nabi Muhamad. Beliau juga mengamalkan sistem pemerintahan secara warisan. Walaubagaimanapun , beliau sememangnya bijak mengerakkan buah caturnya dan tenang dalam menghadapi musuh dan rintangan dismaping berfikiran tajam dan jauh!
lebih2nya puji muawiyyah :-)
pernah saya diberitahu, bahawa Ustaz Fadzil sepertinya dimaklumkan tentang ada usaha di kalangan ahli PAS yang mencetak buku 50 dalil Anwar Ibrahim.
dan, kerana itu, ada ahli PAS yang minta responsnya. jadi, dengan selamba jawab Ustaz Fadzil, "kita membuat fitnah untuk melawan fitnah"!
namun, apabila Anwar Ibrahim dipecat, beliaulah antara orang yang pertama berkunjung ke rumah Anwar.
malah, dalam mesyuarat PAS Pusat, sekali lagi sumber saya memberitahu, bahawa Ustaz Fadzil mepertahankan tindakannya itu dengan menyatakan bahawa tindakannya itu ialah politik muawiyyah!
jadi, dari segi moral, apakah jujur politik sebegini? soalan ini ditanya tanpa prejudis :-) hehehe
saya dah beberapa kali cuba masuk laman shen yee aun, tapi ada sikit masalah paparan. kenapa ya. PC saya dah ketinggalan zaman kah?
Aqil, ramai yang sebut Muawiyah tanpa membaca Muawiyah dari sumber sejarah yang muktabar. Tenang cerita Ustaz Fadhil itu saya tak pernah dengar. Kalau benar, ulasan saya adalah: tara tu ajelah politik Pas!
sheikh muawiyah vs sheikh ali dan apa apa mengenainya boleh dilihat dari banyak sudut, terpulang kepada kemampuan penakkulan dan kecenderongan masing-masing. peristiwa itu tidakkan sama dan tidak adil untuk dibandingkan dengan milieu politik malaysia. padangnya lain, belalangnya lain pula. apa lagi zeitgeistnya pula lain. saya hanya dapat mengutip perihal muawiyah dari buku sirah rasul tulisan entahapanama pengarang (bekas) Mesir.pun demikian, wacana ini bagus juga sebagai satu studi perihal politik. semoga ditemui sesuatu yang telah hilang....
tak dapat masuk? blog saya di shenyeeaun.blogsome.com. Tuan khalid. Adakah anda sudi diwawancara oleh CERMIN?
Yee Aun, boleh!
Sdri Shen Yee Aun,
Saya pun ada masalah masuk blog sdri!
shenyeeaun; masalahnya sudah dikenalpasti. blog anda di blogger ada masalah coding terutama warnanya. yang ok ialah di blogsome. selamt berblog!
Saudari shenyeeaun? haha.Itulah geleran yang saya digelar oleh saudari po kuan sebentar tadi daripada email yang dihantar olehnya.
Walaubagaimanapun , gelaran saudari melambangkan kehalusan , kesabaran dan kasih sayang. Lebih-lebih lagi golongan 'she' sememangnya golongan yang amat dihormati lagi disayangi. Oleh itu , tiada masalah untuk mana-mana individu untuk terus mengelar saya sebagai saudari. Apa pro dan kontranya. Haha.
Terima Kasih Encik Rastom kerana sudi melawat laman blog saya yang masih memerlukan banyak peningkatan dari semasa ke semasa. Selamat berjuang.
Shen Xian Sheng, sudah kena Puan Ainon. Saya ingat ingin membetulinya. Tetapi saya biarkan. Senyum aje. Lucunya MP tu juga silap. Mulai sekarang kamu kena machokan sikit prosa kamu. Bagaimana nak jantankan prosa kamu itu kena belajar dari Puan Ainon.
Sdr Shen, saya tumpang lalu, nak bercakap dengan Tuan Khalid....
Tuan Khalid, Pak Goenawan pernah mengatakan Bahasa Melayu di Malaysia ini feminin, manakala Bahasa Indonesia itu jantan.
Kajian perbandingan pernah dijalankan ke atas langgam bahasa yang dituturkan oleh wanita dan langgam bahasa lelaki.
Berikut antara perbedaannya.
Perempuan lebih banyak menggunakan:
1. katasifat atau adjectives (besar, cantik, baik)
2. kata penegas atau emphasis (sangat, amat)
3. soalan ekor atau tag questions (ya tak? kan? betul tak)
4. kata perasaan atau emotif (suka, sedih, geram, menyampah)
5. kata lapik-lapik cakap atau qualifiers (saya rasa, saya fikir, kalau saya tak silap)
Jadi, bahasa jantan itu lebih rasional, teknikal dan jimat.
Didapati, lelaki lembut menggunakan ciri-ciri bahasa perempuan!
Lelaki lembut mungkin menggunakan bahasa Melayu lebih berunsur feminin dalam pertuturan mereka disamping dengna nada mereka yang tidak ada unsur kejantanan.
Walaubagaimanapun , lelaki yang suka menulis dalam bahasa Melayu yang lebih bersopan , lembut , feminin tidak semestinya seorang lelaki yang lembut. Gaya penulisan tidak dapat mengambarkan perwatakan seseorang individu.
Sekiranya kajian yang dijalankan menunjukkan bahasa Melayu di Malaysia lebih feminin maka saya rasa bukanlah satu perkara yang tidak baik. Hal ini demikian budaya dan adat ketimuran sememangnya lembut , bersopan dan senantiasa prihatin disamping menjaga perasaan orang lain.
Tidak perlulah kita berjimat-jimat dengan pengunaan perkataan dalam bahasa Melayu.Sebenarnya kita perlu memperbanyak lagi pengunaan perkataan kita dalam bahasa yang penus keindahan ini. 'Jangan kedekut bahasa'.
Lebih teknikal dan rasional itu juga tidak seratus peratus ada kebenaranya. Rasional di sini ialah tidak kira penggunaan bahasa Melayu feminin ataupun jantan , masing-masing ada pro dan kontranya.
Tambahan pula , kedua-dua bentuk dan jenis bahasa ini adalah bahasa Melayu dan berada dalam satu keluarga. Dalam membentu sebuah keluarga kita memerlukan ibu dan ayah. Dengan adanya ayah atau ibu sahaja sesebuah keluarga itu tidak dapat dibentuk.
Dalam keluarga tersebut pula , siapa yang berani mengatakan kaum ibulah yang hanya pandai dan mesti memasak? Bukitnya , chef-chef terkemuka dunia adalah terdiri daripada kaum ayah.
Aplikasi di sini , jantan tidak semestinya menulis dalam bentuk jantan.
Puan Ainon , adakah puan sudah berjaya menembusi laman blog saya? Blog baharu saya di shenyeeaun.blogsome.com.
Sekian.
Puan Ainon, mungkin benar. Saya cuba tulis sajak. Semuanya jadi melankolik. Saya berhenti. Ini mungkin conditioning bahasa Melayu dan masyarakat Malaysia. Hanya dalam prosa saya rasa kurang feminin. Ini perlu penelitian. Laras prosa Inggeris orang UK tidak sama dengan Amerika, dan tidak sama dengan Inggeris Afrika, India dan Carribean. Mungkinkah PTS buat seminar.... ya untuk menyelamatkan kita semua dari jadi pondan!
Sdr Shen, ya, saya sudah dapat baca blog baru saudara.
Tuan Khalid,
Ada sebuah teori linguistik yang mengatakan manusia hanya dapat menghasilkan ayat-ayat yang ada dalam memorinya.
Justeru, bagi menghasilkan ayat-ayat jantan, kita perlu menstor ayat-ayat jantan dalam memori. Jadi, mendedahkan diri kepada sumber-sumber ayat jantan itu perlu dilakukan dengan banyaknya.
Ini bermakna mendengar dan membaca ayat-ayat jantan adalah fasa pertama pemerolehan isian memori. (Jangan ada fenomena fear of influence!)
Mari kita baca lebih banyak Pak Pram dan Pak Goen. Dan Pak Rendra!
Terima kasih kerana sudi melawat laman blog saya. Sila beri tunjuk ajar dari semasa ke semasa.
Tuan cuba tulis sajak dengan jiwa anda tetapi bukan melalui minda. Guna seluruh perasaan anda untuk menulis sajak. Lupakan segala-gala perkara yang berlaku di dunia. Mungkin akan membantu.
Feminin ataupun tidak bukan masalahnya tetapi kalau guna hati dan jiwa untuk menulis maka akan jadi feminin secara tidak langsung kerana dalam setiap insan biar seganas dan sejantan manapun juga akan sifat-sifat feminin dalam diri mereka seperti kasih sayang , lemah-lembut , prihatin dan sebagainya.
Asalkan guna hati dan jiwa tuan boleh. Hati kita feminin tetapi minda kita musculin! Kalau nak lebih baik gunakan roh anda sekali! haha
shahmat=checkmate, asal dari bahasa Farsi. Abad 15 pengaruh Farsi kuat dirantau ini. ada satu peristiwa saya ingat ingat lupa, bila bertukar raja/sultan, penasihat agamanya bertukar, lalu di buang/bakar kesemua buku buku ajaran puak terdahulu, termasuk kitab kitab tasauf dan sebagainya, pak khalid ingat?
Sdr Shen,
Saya suka kasih sayang lelaki.... yang jantan! (sambil senyum-senyum) Tuan Khalid tentu senyum juga mendengar pengakuan saya ini.
Lelaki itu sudah ada kejantanan dalam dirinya.Cuma dalam situasi yang tentu kejantanan ataupun kebetinaan mereka akan menonjol. Ini terserah kepada keadaan , tempat , masa dan situasi.
Lelaki lembut pun ada kejantanan mereka iaitu suara mereka yang serak. Hahaha
Tuan Khalid, tumpang lalu, nak berbual dengan Sdr Shen....
Sdr Shen,
Hahaha!!! Hahaha!!!!
hahahaha! ketawaku jantankah atau betina?
Tuan Rastom....
Bahasa Indonesia itu jantan, begitu kata Pak Goen.
Coba dengarkan ketawa lelaki Indonesia, dan bandingkan dengan ketawa lelaki Malaysia, bukankah ketawa lelaki Indonesia emang terdengar lebih jantan!
Post a Comment