Wednesday, May 17, 2006

Ustaz neocon bertaubat?

Semalam saya ke Kinokuniya untuk membeli novel terbaharu Philip Roth Everyman. Novel itu belum sampai. Tetapi bila sudah masuk kedai buku kena beli buku. Duit yang saya bawa untuk membeli novel itu saya gunakan untuk membeli karya terbaharu Francis Fukuyama After the Neocons. Saya sedang membacanya, dalam bas, dalam lrt dan dalam komuter. Mengasyikkan. Mana tidak. Seorang inteletual neocon kini mengkritik dasar-dasar Bush. Orang kiri akan bertepuk tangan. Insya Allah saya akan ulas buku ini di jalantelawi.com

11 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Khalid, terima kasih kerana tuan menyebut sedikit sebanyak maklumat tentang isi kandungan buku-buku yang tuan sedang baca. Amat berguna kepada orang-orang macam saya ini. Dengan maklumat itu saya dapat:

a. Apa penting buku itu saya beli dan baca.

b. Berita2 terkini tentang evolusi pemikiran pengarang2 yang tuan sebut.

c. Trend ide2 semasa.

Terima kasih banyak-banyak.

Aqil Fithri said...

ya puan ainon,

saya juga fikir bahawa pak khalid 'lebih berguna' bila bercakap tentang buku berbanding dengan hal2 lain.

barangkali hal ini didorong oleh karekternya sebagai seorang yang amat mementingkan keaslian - dalam segala aspek!

Khalid Jaafar said...

Aqil, memang saya 'tak berguna' dalam banyak hal. Tetapi kata Lao Tze pokok-pokok berguna semua kena tebang, yang dibiarkan hidup hanya pokok-pokok tak berguna. Jadi mana lebih baik: 'berguna' atau 'tidak berguna'?

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Khalid dan Sdr Aqil,
Mana ada ciptaan Tuhan yang tidak berguna.... tolong maklumkan kepada saya. Hehehe!

Khalid Jaafar said...

Kalau semua ciptaan Tuhan berguna kenapa ada istilah 'tidak berguna'? Puan Ainon sebagai ulamak bahasa tolong cerahkan!

Aqil Fithri said...

pak khalid,

itu kan menunjukkan bahawa alam ciptaan Tuhan ini bersifat dualisme. Sachiko Murata ada menulis tentang ini :-)

Khalid Jaafar said...

Bukan sahaja yang dicipta, Pencipta juga punya sifat dualisme: Jalal - Jamal; Pengampun-Penyiksa dll.

Khalid Jaafar said...

Puan Ainon tanya mana ada ciptaan Tuhan yang tidak berguna? Kalau semua ciptaan Tuhan itu berguna maka kita juga terpaksa terima bahawa George W Bush juga berguna!

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Khalid, barangkali Bush berguna kepada mereka yang mendapat untung daripada dasar-dasarnya.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Khalid, tentang frasa 'tidak berguna' ini ciptaan golongan bukan intelek. (Kalau pengamatan saya betul) dalam Quran yang ada adalah frasa 'sia-sia'. Sesuatu itu mungkin berguna, tetapi pada waktu yang sama ia mungkin sia-sia.

Azlina Ahmad said...

Bukan ke Allah dah berfirman dalam surah Yassin yang kita selalu baca tu dalam surah ke 36, ayat 36 yang bermaksud: " Mahasuci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasangan-pasangan, baik dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui." Hebatkan ayat Allah?