Monday, May 29, 2006

Hari-hari Anwar al-Sadat


Dari KL ke Kaherah saya transit di Dubai begitu lama. Agaknya sembilan jam. Airpot Dubai ini satu ketakjuban. Arab badwi padang pasir ini, dua puluh tahun lalu masih tidur bersama unta dan kaldai, boleh mengendalikan airport sehebat Singapura. Apakah rahsia ketakjuban ini. Menurut firasat saya, Amirah Arab Bersatu (UAE) ini tidak mengamalkan DEB. Kecuali polis saya tidak nampak muka arab dalam kawasan bebas cukai. Aiport itu didominasi oleh orang-orang Asia selatan -- bangsa Paki dan India. Tidak ada kuota untuk pekerja dan peniaga badwi yang masih rindukan kencing kaldai.
Untuk membunuh masa saya membeli dvd Ayyam al-Sadat dan menontonnya melalui laptop. Filem ini bersandarkan autobiografi Anwar Sadat al-bahtsu an dzati (Mencari makna diri) dan Jehan Sadat Woman of Egypt. Pelakin besar Mesir, Ahmad Zaki, mengambil peran Anwar al-Sadat. Saya tidak tahu selama ini presiden Mesir itu begitu banyak menggerak-gerakan bahagian badannya bila berucap. Hampir seperti badut. Adakah Ahmad Zaki overacting ? Saya sebelum ini telah membaca versi Inggeris autobiografi Sadat In Search of Identity. Dan saya kagum dengan beliau. Pendirian saya sekarang adalah Sadat lebih besar dari Nasser. Kalau Amerika tidak di belakang Israel Mesir telah mengalahkan Isreal dalam perang Ramadhan 1973. Dari segi diplomasi juga Sadat membuat Israel terduduk dan bingung. Nasser hanya pandai memainkan sentimen Arab. Dan berucap dalam kubu orang Arab. Tetapi Sadat memasuki sarang singa dan berpidato di depan musuh-musuhnya dan menyatakan pendiriannya. Pidato Sadat di Knesset, parlimen Israel, adalah inisiatif politik Sadat yang paling imaginatif. Filem ini mengambil footage pemimpin-pemimpin Israel mendengar ucapan Sadat. Golda Mier, Shimon Prerez, Yitzak Rabin, dan paling menarik sekali adalah body language Moshe Dayan. Kerana keberanian itu jasad Sadat dikoyak-koyakkan oleh peluru yang ditembakkan dengan laungan takbir.

3 comments:

Anonymous said...

harapan saya agar pak khalid dapat expose kan lagi filem-filem yang bercorak demikian. terkadang filem sebegitu dapat memberikan kita sedikit sebanyak gambaran awal sejarah tokoh-tokoh tersebut sebelum membaca sejarah mereka dengan lebih lanjut. kalau boleh ada tak filem tentang moshe dayan. qalbun salim......

Khalid Jaafar said...

Filem tentang Moshe Dayan? Belum dengar lagi.Mugkin ada dalam bahasa Ibrani.

asraary said...

Ada segelintir intelektual mesir mengelarkan Sadat sebagai Muawiyah moden.yang membezakan hanyalah Sadat mati dibunuh sedangkan Muayiwah sudah bersiap sedia dengan segala ancaman bunuh dan berjaya meloloskan diri dari di bunuh.