Biarku berkelana, bebas, di muka bumi,
Agar aku merdeka dari kebejatan manusia kota.
-- 'Urwa bin al-Ward
Saya belum pernah melihat padang pasir begitu indah. Seperti ombak-ombak yang licin, angin membentuk dan mengalih wajah padang pasir. Bukit, lurah, dan riak dan keheningan. Waktu malam, waktu panas matahari yang membunuh.
Amirah Arab Bersatu (UAE), dimana terletaknya bandara Dubai, melalui permodenan yang laju. Kepesatannya menakjubkan, meninggalkan negara-negara Arab lain jauh dibelakang. Tetapi padang pasir akan kekal sebagaimana yang dinyanyikan oleh penyair-penyair jahiliyyah.
Saya membeli buku ini, dan ianya membocorkan saku saya, bukan kerana fotografi Gloria Kifayeh. Meskipun fotografinya amat luar biasa. Ia menambah keinginan saya untuk melihat masyarakat badwi, dengan unta, khemah dan pohon kurmanya. Tetapi saya dipaksa membeli buku ini kerana keindahan padang pasir ini ditafsirkan melalui puisi-puisi jahiliyyah seperti 'Imru' ul-Qays.
Qifa nabki min zikra habibi wa manzili -- inilah ayat pertama dari 'Imru' ul-Qays yang perlu dihafal oleh pengkaji sastera Arab -- Berhenti! mari kita ingati dengan air mata kekasih dan kesan khemahnya.
Wednesday, May 31, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Tuan Khalid banyak membaca. Bilakah tuan sendiri akan menyediakan sebuah buku mengenai perkembangan dan pengalaman politik tuan , anwar dan keadilan? Di samping itu ,tuan juga boleh menceritakan segala strategi yang digunakan untuk memperjuangankan parti Keadilan dalam buku tersebut?
Haha
Politik itu hanya di permukaan. Di dasarnya adalah persoalan pemikiran dan kebudayaan. Akhirnya penyelesaian persoalan politik adalah penyelesaian persoalan pemikiran dan kebudayaan. Maka saya lebih memberikan perhatian kepada perkara ini. Ramaikah pemimpin Keadilan yang berminat kepada perkara ini?
Ya, ya. Tuan Khalid banyak membaca (setuju dengan Sdr Shen)... sampai-sampai saya berasa pintar saya jatuh satu anak tangga setiap kali saya tengok kulit buku-buku yang tuan baca.... saya tunggu manuskrip tuan yang dapat saya terbitkan....
Mevrouw Ainon,
itu perkataan pintar juga ada dalam bahasa Belanda, pienter, sepienter pienter Belanda pun ada pinjam dari bhasa melayu. (Melayu pinjam bhasa dari Sanskreta.
Setuju. Pembentukan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang unggul akan memberi kesan kepada perkembangan politik tanah air.
Kedua. Biar sehebat mana itu 'politik' dalam negara jika masalah sosial dan masyarakat tidak diselesaikan maka akan membantut perkembangan politik dengan keadaan huru-hara yang berlaku.
Oleh itu perjuangan saya kini tidak lain tidak bukan amat mirip dengan perjuangan tuan. Perjuangan utama saya ialah pendidikan. Saya akan menjadikan pendidikan sebagai satu senjata kepada segala-gala masalah yang berlaku di tanah air baik dari aspek sukan , politik , ekonomi , sosial , hiburan dan sebagainya. Semuanya dapat diselesaikan oleh pendidikan.
Oleh itu , sejak saya di tingkatan 5 sudah mula mengajar di pusat Tuisyen sehingga kini.
Tuan Khalid, tumpang lalu....
Tuan Rastom,
Andai kata dibuang semua perkataan Sansekerta daripada kosa kata Melayu, kita semua tak dapat bercakap. Puasa, dosa, pahala, syurga, dan banyak lagi perlu dbuang.
What language is this written in? Indonesian? Thanks
Post a Comment