said...
aku rasa engkau ni menulis tahap syok sendiri. tak guna engkau tulis berat2 kalau orang malas nak baca. bukan tiada orang nak baca, mesti ada punya...tapi bila dah habis baca org naik menyampah dengan tulisan engkau. mukhsen said...
-epik klasik sangat asing bagi saya (mungkin generasi saya secara general), Terima Kasih Pak untuk kongsi.Apabila sesuatu kisah, buku, wayang, telah diberikan taraf 'epik' maka ia bermakna hebat, skopnyabesar, plotnya bercabang-cabang, ceritanya berantai, karektor yang terlibat begitu ramai, manusia besar, sederhana dan kecil. Filem
Lord of the Ring, sebagai filem, boleh dikatakan bersifat epik. Namun buku Tolkein yang menjadi asas filem tersebut tidak dianggap sebagai hasil sastera. Novel Leo Tolstoy yang bertajuk
Vojna i mir (Perang dan Damai) pasti satu epik moden, mengesahkan masyarakat kelas atasan Russia dikala zaman damai dan tatkala Napoleon melancarkan penaklukan Eropah dan seterusnya menawan dan menduduki Moscow. Saya membacanya di semester satu atau dua di ITM dan kesannya begitu mendalam sehingga saya memanggil girlfried saya Natasha, gadis yang jadi rebutan dikalangan jejaka Mocow. Tetapi gambaran yang terus segar dalam ingatan saya meskipun saya hanya membacanya sekali dann sudah 30 tahun adalah tatkala Putera Andrei luka dan terbaring di medan perang dan sebelum pengsan melihat awan dan langit biru yang indah dan damai.
Tetapi gelaran epik kepada filem atau novel moden hanyalah sifat yang menyerupai sifat-sifat epik sebenar. Mana satu epik sebenar? India melahirkan dua epik,
Mahabharata dan
Ramayana. Epik juga bermakna pengaruhnya begitu meluas maka kisah-kisah dalam kedua epik tersebut menyerang sempada India ke Sri Lanka, ke Thailand dan Burma, ke Laos danVietnam, ke Jawa dan ke Serambi Mekah. Di Barat
Illiad dan
Odessey adalah dua epik yang sesaorang itu tidak boleh dikatakan berpendidikan kalau tidak mengetahuinya. Begitu besar pengaruhnya sehingga cebisan dan nama dan ungkapan dari epik itu menjadi bahasa harian. 'Tumit Akilis' menjadi ungkapan kepada titik kelemahan kapada manusia atau kuasa yang kebal, 'aphrodisiac' atau peransang tenaga batin adalah dari nama Aphrodite, dewi kayangan yang tercantik. Tajuk epik
Odessey sudah
menjadi kata nama bagi pengembaraan yang payah dan penuh rintangan. Dan epik ketiga dalam tamadun Barat adalah
Aeneid. Saya telah menyetuh di sana sini epik Homer dalam buku saya, maka saya ingin memperkenalkan hasil tangan penyair agung Virgil.
Kejahilan yang merata tentang karya-karya agung ini adalah tanda kecacatan sistem pendidikan. Untuk memahami epik iainya tidak lebih susah dari untuk memahami makenik kuantum namun ramai yang boleh memahaminya. Maka kita berterima kasih pada Aqil Fitri kerana memperkenalkannya kepada orang awam dalam
enak sembang. Mungkin saya orang yang pertama menulis tentang Virgil dalam bahasa Melayu. Karya picisan yang tak berotak memang sudah bermaharaja lela. Dan citarasa picisan ini pula telah bongkak dan menyombong diri. Dia bukan sahaja tidak malu dengan kejahilannya tetapi menyangka orang lain juga jahil dan setidak-tidaknya mahu orang lain jahil sepertinya.
Katakan saya syok sendiri. Itu bukan satu keaiban, lebih-lebih lagi apabila syok sendiri itu kepada sesuatu yang agong. Apakah yang mendorong Einstein teori relativiti kalau tidak syok sendirinya? Syok sendiri adalah pendorong yang terkuat kepada penemuan dan penciptaan.