Tuesday, November 21, 2006

Haram buat mereka yang tak syok sendiri


Saya diperkenalkan pada novel ini oleh seorang penulis dan pakar bahasa dari Karnataka, India, yang saya temui di Iowa. Penulis tersebut gemar kepada novel-novel yang susah dan The Death of Virgil adalah novel sukar kelas pertama. Hermann Broch (1889-1951) pasti seorang penulis yang syok sendiri untuk menulis sebuah novel yang sukar, makanya tidak popular. Saya membuat pengakuan, saya belum membacanya. Otak saya perlu tenaga untuk mengunyahnya, maka saya menangguhkan pembacaan. Broch selalu dibandingkan dengan Robert Musil, seorang lagi novelis sukar, yang menyelami pengalaman kemanusiaan yang digelar sebagai modeniti.

Saya perkenalkan novel ini kerana ia berkaitan dengan kiriman saya yang lalu tentang Vergil dan puisi agongnya Aeneid, kisah pengembaraan perwira Troy untuk membina kota baru setelah kota kelahirannya hangus. Setelah puisi agong itu siap Vergil meninggalkan wasiat agar ianya dibakar. Tetapi maharaja Roma ketika itu, Augustus, mengingkari wasiat tersebut. Maka Aeneid selamat dan sejarah kesusasteraan kemudiannya meletakkan ianya sebagai puisi kedua agong selepas karya Homer.

Der Tod des Vergil, begitu tajuk asalnya dalam bahasa Jerman, mula ditulis oleh Broch tatkala beliau dalam kem tahanan Nazi. Sang penulis berbangsa Yahudi. Novel besar ini mencampurkan antara realiti dan halusinasi, puisi dan prosa, melakunkan semula saat-saat akhir hanyat Virgil. Siapa yang sudah membacanya kongsilah syok sendiri itu dengan kita.

6 comments:

Anonymous said...

karya berat memang tidak popular. (Sebab tu ada yang menyampah, he he.)

err.. saya ada beberapa persoalan.
sebenarnya kenapa sesuatu karya dikatakan berat? adalah kerana tema, diksi, perkataan, absurditi atau lemahnya jangkauan imiginasi, daya kritis, pengetahuan dan perbendaharaan kata msykt umum?

Adakah kerana itu tulisan ringan lebih popular?

bolehkah karya berat dipopularkan?

Adakah kerana mahu popular penulis berat perlu jadi penulis ringan supaya tulisan beliau sampai kepada lebih ramai orang? (Pak Khalid juga telah disaran menjadi penulis ringan)

Adakah penulis yang mengubah masyarakat atau masyarakat yang mengubah penulis? Konsumerisme eh?

TK.

Khalid Jaafar said...

Kan berat atau ringan itu nisbi. Ikut umur, kematangan, persediaan pembacaan untuk mengetahui isyarat-isyaratnya, dan lain-lain. Puisi Homer 30 puluh tahun lalu tentu berat untuk saya, sekarang tidak boleh berpisah dengannya. Sekarang saya menyampah ayat-ayat klise dan banal. Tulisan saya tidak susah, cuma agak lain sedikit, dan kadang-kadang janggal. Itu yang pembaca saya kata. Tidak perlu saya mudahkan lagi kerana memang sudah mudah.

MDM FARAH FAIZURA said...

terima kasih ata penerangan itu

Sufian said...

Memang syok tulisan Musil dan Broch, cuma yang meletihkan, dua-dua (biasalah, org Jerman) kureng sense of humour...

Anonymous said...

amboi lamanya tak update

Anonymous said...

balik kampung kot?! tolong org kampung yang kebanjiran air...