Thursday, November 16, 2006

Puisi Perang



Puisi besar adalah tentang cinta, tetapi puisi teragong adalah tentang perang. Homer, penyair teragong Barat, menyanyikan gurindam perang Troy. Dalam Illiad -- yang mulai saya terjemahkan dalam blog ini -- sang penyair menceritakan tahun terakhir kota Troy atau Illium dikepong oleh tentera Greek, kisah Akilis berkelahi dengan Agamemnon, ketua seluruh bala tentera Greek, Akilis mengamuk, merajuk, menangis dengan ibunya Dewi Tetis, dan kemudiannya membunuh pengeran Hektor, ketua pertahanan Troy. Setelah Troy hangus tentera-tentera Greek pulang ke negeri masing-masing. Ramai yang mati dalam perjalanan pulang. Agamemnon selamat sampai ke negerinya. Sesampai ke istanyanya raja itu dibunuh oleh permaisurinya. Akilis, wira Greek, mati dibunuh oleh Paris, adik Hektor dan punca perang kerana melarikan Helen. Mala petaka yang dialami oleh wira-wira Greek yang pulang, khususnya Odysseus, dikisahkan oleh Homer dalam Odyssey. Odysseus membawa anak-anak buahnya pulang, tetapi semuanya mati tenggelam kerana taufan. Dan hanya Odysseus seorang yang selamat pulang, dan pulang sebagai seorang pengemis dan rumahnya dipenuhi oleh pemuda-pemuda negerinya yang ingin mengahwini isterinya Penelope.

Apabila Troy tumbang dan terbakar seorang perwiranya Aeneas, sepupu kepada Hektor, membawa orang-orang Troy yang masih selamat lari. Dan mereka lari untuk membina Troy yang baru. Dan kota itu kemudiannya menjadi ibu kota kepada empayar Barat yang terbesar dan gemilang -- Rom. Virgil adalah penyair teragong Rom dan Aeneid adalah puisi teragong dalam bahasa Latin, lingua franca empayar Rom. Robert Fagles adalah penterjemah Illiad dan Odyssey ke dalam bahasa Inggeris. Terjemahan beliau adalah yang terbaik. Nah sekarang terjemahan Inggeris epik Rom itu memasukki pasaran awal bulan ini.

Empayar Rom adalah empayar militer. Nah, mana ada empayar dalam sejarah dunia yang tidak militer? Empayar Islam dan empayar kafir semuanya militer. Dan Rom, sebagai Troy baru, juga dibangunkan di atas senjata dan darah. Tetapi dalam perang juga manusia bercinta. Atau yang mana dulu, cinta atau perang? Paris bercinta dengan isteri orang, iaitu Helen, dan mereka lari. Maka perang meletus. Virgil tidak boleh mengatasi Homer sebagai penyair. Tetapi dalam kisah percintaan antara Aeneas dengan Dido, Virgil mengatasi Homer. Dan percintaan itu tragis, makanya ia gemilang.

8 comments:

Anonymous said...

Berat sgt.... takda yg nak baca

Khalid Jaafar said...

ehem, memang blog ni untuk orang pandai. Yang bodoh macam king kong dan sepertinya tak payah masuk.

Anonymous said...

-epik klasik sangat asing bagi saya (mungkin generasi saya secara general), Terima Kasih Pak untuk kongsi.

(tulisan berat utk org berat, kecuali golongan aristokrat yang berat macam Royal King, he he.
oh ya, ulasan anda juga, en. Royal King agak menyampah untuk di baca. :P)

Anonymous said...

pak khalid, apa sambungan gurindam illiad?saya cadang buka satu blog khusus untuk bacaan gurindam itu.

shahnon said...

"..Dan citarasa picisan ini pula telah bongkak dan menyombong diri. Dia bukan sahaja tidak malu dengan kejahilannya tetapi menyangka orang lain juga jahil dan setidak-tidaknya mahu orang lain jahil sepertinya." - saya suka ayat di perenggan terakhir ni :)

pak khalid,
saya rasa buang masa je pak khalid tulis blog reply budak king kong ni. patut delete je.

utk kingkong,
aku rasa kau sorang aje yang menyampah dgn blog ni. kalau kau rasa blog ni tak sesuai tak payah la sibuk kat sini lg. lepas ni baca je la urtv,hai, mangga, media hiburan dll.

Anonymous said...

king kong sama cam diorang tu lar..................jawab dan cakap benda remeh saja......nah ambik ko ayat nih plm(p........lar.........mam). nih king kong nih mesti pembaca setia metro, yang add gambar mamat botak tiap2 hari dekat muka depan hahahahhah

danial raid ballan

Anonymous said...

salam pak khalid, mahis selok belok falsafah greek dan moden ye, nanti kalau ada apa yang saya tak faham tentang keduanya, mungkinkah boleh saya bertanya.

Anonymous said...

Apa yg beratnya dalam log ini yea? Mungkin king kong boleh cuba-cuba dgn Hikayat Amir Hamzah atau Hikayat Inderaputera dulu. Itu pun kalau hang suka baca (bukan tengok) lord of the ring... atau sekurang-kurangnya Hary Potter dulu. Mungkin boleh mengubat ketagihan Mangga, Hai..