Wednesday, January 31, 2007

Pemikir-Politik


Maka saya menemukan hujah paling ampuh mengapa intelektual perlu terjun dalam politik. Saya membaca terjemahan Allan Bloom dengan amat perlahan. Dan saya mulai menikmati Poletia yang lebih dikenal dengan tajuk Republik dan mengerti mengapa ianya sebuah buku abadi. Minggu lalu saya di Kenyir bersama 25 bakal -- 20 Malaysia dan 5 Indonesia -- pemimpin-pemimpin Asia Tenggara. Saya tidak berceramah tetapi mengadakan acara Sokratik dengan mereka. Mengapa intelektual perlu terjun politik?

17 comments:

Aqil Fithri said...

salaam,

intelektual yang terjun dalam politik (partisan!) cenderung mengeruhkan, sebaliknya politikus yang terjun dalam intelektualisme cenderung menjernihkan...

selamat tinggal partai2 politik...

Anonymous said...

wah, pandangan aqil semacam satu occam's razor principle yang menarik.
bagaimana pula, dengan ulama yang terjun dalam politik atau politikus yang yang nak menjadi ulama?

Dr Dre said...

intelektual perlu masuk politik.baru aman dunia.sebab mereka akan guna ilmu untuk capai matlamat bahagia.sama la konsep chun tzu oleh konfucious,philosopher king oleh plato.cuma kadang2 intelektual lemas dalam material.maklum la manusia.sebab tu perlu panduan wahyu.bukan sekadar penaakulan akal sahaja.wahyu tu sumber aoturiti mutlak,tapi islam tidak la menolak penggunaan akal sebagai satu kaedah.Ulama perlu sertai politik sebab itu peranan mereka membimbing umat.tetapi kadangkala lemas juga dengan kekuasaan penguasa.

Khalid Jaafar said...

Di Iran ulamak berkuasa. Tetapi Iran terus kelam kabut. Kebebasan bersuara disekat oleh ulamak-ulamak di sana.

Dr Dre said...

tu kat Iran pak khalid.diorang pakai sistem wilayat i faqih. pemerintahan ahli fiqih sementara menunggu kedatangan imam syiah yg ke 12.tapi kita ni bukan syiah.kadang2 kalau fikir bodoh juga kita semua ni,bergaduh sesama Islam cuma sebab pandangan berbeza,mcm mazhab la.semua satu sumber yg sama al-quran&sunnah tapi pentafsiran berbeza menyebabkan kita tersilap dan bias dlm padangan.Iran kelam kabut mcm mana tu pak khalid?..kelam kabut dari segi politik,kemanusiaan or ekonomi?..

Aqil Fithri said...

salaam,

ada benarnya telahan sheikhryz.

Pak Khalid kata begitu sebab Pak Khalid anggap ulama' Iran sebagai piawai Islam. saya tidak fikir begitu. Iran bukan piawai Islam!

Khalid Jaafar said...

Iran bukan piawai, betul.Tetapi boleh jadi contoh bagaimana tesis "Ulama perlu sertai politik sebab itu peranan mereka membimbing umat" adalah meleset. Mereka berhak masuk politik seperti ahli ekonomi, pendidik, aktivis ngo dll. Tetapi bukan kerana mereka itu ulamak politik mereka itu lebih baik. Tidak ada jaminan. Mereka boleh jadi ahli politik lebih baik, dan boleh jadi lebih buruk. Mereka bukan philospher-king, mereka bukan filasuf seperti yang ditakrifkan oleh Plato.

Anonymous said...

Setuju! Intelektual terjun dalam kancah politik tapi ... jangan terlalu harap yang indah-indah daripada intelektual dalam politik.

Jika politik dikaitkan dengan kediktatoran, kongkongan, belum tentu intelektual tidak melakukannya...

Kedua, politik tentunya proses yang luas dan panjang -- lebih luas dan panjang daripada parti politik, apatah lagi PKR, bukan?

Dilemanya, sedalam, sejauh dan sepanjang manakah idea intelektual harus dilayan dalam penggubalan polisi awam?

Intelektual dalam politik harus dilihat dalam spektrum, Pak Khalid.

Spektrum paling longgar, sia-sia, perdebatan tanpa habis, isu-isu perinci dan ruwet lagi luwes.

Sehingga spektrum paling ketat, segera, keras, melayan kehendak manusiawi (bukan logika idea atau rasionalitas proses berfikir semata-mata), mengambil kira situasi perbatuan politik (political mileage), melayan kehendak ramai, sensitiviti masyarakat dan pengikut (sampai ke peringkat menangguhkan disiplin dan tuntutan seseorang intelektual).

Saya nampak --- dalam spektrum ini --- intelektual yang lebih kuat disiplin ilmiahnya akan berada di spektrum longgar, sementara intelektual yang lebih ghairah daya kuasanya akan berada di spektrum ketat.

Wartawan mungkin cenderung menjadi intelektual di spektrum tengah dan/atau spektrum longgar.

Apa macam? Ada jadi ke ini hujah, Pak Khalid?

Khalid Jaafar said...

Hujah balas: Dalam Republik Buku VI.

Dr Dre said...

memang betul ulama bukan philosopher king,tapi peranan nya didalam membimbing umat agar xtergelincir perlu kan?..benar tiada jaminan mereka lebih baik berpolitik,sama juga org lain hatta yg berpendidikan politik belum ada jaminan bijak berpolitik.ini la kekhilafah manusia sebagai insan yg biasa dan berakal relatif.sebab tu kekadang kita ada tersilap.betul?..tapi insyaalaah dengan ilmu yg ada,kemungkinan kesilapan dapat dikecilkan.so,kesimpulan nya perlu intelektual/ulama terjun didalam bidang politik untuk masa depan umat walaupun still ada kesilapan sebab kita manusia biasa.

Anonymous said...

haha.. lebih baik saya jangan bersuara..

Khalid Jaafar said...

Kenapa pulak Shen? Kau pun sejenis ulamak juga kan? Ulamak catur misalnya. Politik pun macam nak sama main catur. Politik=catur, Shen Yeen ulamak catur, ergo kau pun patut masuk politik.

Anonymous said...

pandangan saya, intelektual patut bekerjasama dengan org2 lama yang punya pandangan tertentu dalam bidang politik. teori dari buku sahaja tidak mencukupi. sejarah dan keperluan di setiap tempat itu adalah berbeza. darah sama merah, tapi hati rakyat lain-lain.

ada rakyat yang tidak kisah pemimpinnya graduan dari universiti mana yang penting dia baik dan mengambil berat akan rakyatnya.

-salam dari negeri di bawah bayu...
p/s: sedang cari buku ini.

Kaki Bangku said...

Adakah Pak Khalid membayangkan idealisme philosopher-king seperti yang diubahsuai dari Plato oleh Al-Farabi?

Anonymous said...

hanya orang-orang bodoh saja yang mendakwa dirinya intelek

Anonymous said...

inilah pujaan saya, khalid jaafar. seorang yang berani, berani mengakui kesilapannya pada umum, bersifat rendah diri, boleh menerima pendapat orang lain. Islam itu syumulkan khalid? merangkumi semua? semoga Tuhan meletakkan mu di dalam syurga. Amin.

Anonymous said...

Pd pendapat sy, sbg seorg x tinggi intelektual ny.. sy berpendapat ulama harus n wajib di dlm politik.. sebabny politik itu haruslh d pandu dengan agama.. bkn agama yg dipandu dgn politik.. sbb agama islam itu tetap sm sejak dr nabi muhammad lg sehinggalah kiamat.. sepekara lg, Rasulullah sendiri adlh tokoh politik jd masakan ulama tidak blh memandu politik..