Friday, January 12, 2007

Tahun berat


Tahun ini saya jangka blog saya akan kurang diperbaharui. Sebab, tahun ini saya akan membaca buku-buku berat. Antaranya adalah Critique of Pure Reason oleh Immanuel Kant. Buku ini mencetuskan revolusi dalam epistemologi dan atara karya paling penting dalam sejarah falsafah moden, bahkan juga dalam sejarah falsafah sejak zaman Yunani. Saya menguja membacanya beberapa kali tetali tidak selesai. Sungguh berat. Seorang yang agak terkenal di Malaysia, tak usah saya sebut namanya, setelah pencen ingin menjadi filasuf. Maka dia membeli buku ini dan membacanya. Beberapa kali dia baca namun tidak faham. Akhirnya tidak marah sekali. Dia mengambil pennya dan menulis sesuatu dalam kurungan di sebelah nama Immanuel Kant. ... Immanuel Kant (c..t!).

10 comments:

Anonymous said...

salam...pak khalid huh sernk gak dapat membaca buku2 falsafah, sesuatu yang mencabar,sy selalu juga membaca buku2 falsafah Islam dari ibnu sina, imam al-ghazali hingga shekh mustafa abdul raziq, cume agak susah bila mahu berdepan dengan falsafah barat yg ditulis dalam bahasa inggeris. bleh aje nnti ceritan apa isi buku itu, dan buku2 lain yg sudah dibaca, supaya bleh dikongsi

Khalid Jaafar said...

Ibu Sina? Saya juga sedang bergelut dengan dengan "al-Shifa'" bahagian "Illahiyyah" (Metafizik). Inilah kemuncak falsafah Ibn Sina dan sekaligus falsafah Islam (menurut satu pandangan).

Anonymous said...

saya biasa mendengar dua mitos greek kuno dikenali sebagai Ilyada dan Odessa, ia wujud sebelum Talis (filosof greek pertama), terdapatkah mitos selain dari keduanya sebelum kemunculan Talis?... saya hanya sempat mendalami Greek dari mula ia berfalsafah, dari mula Talis mengkaji tentang alam yang katanya alam ini berasal dari air, sampai kepada Arosto dan selepasnya, sebelum itu pada zaman mitos tak langsung saya membaca kisahnya... menarik juga jika ada yang mahu berkongsi tentangnya.

Anonymous said...

salaam,

bacalah elok2. dan, jangan tergesa2 membaca seperti mana Kant yang tergesa2 menulis buku ini.

Anonymous said...

aqil fitri ni tuju kat pak khalid ke tuju kat saya ?...

me,myself n all around da world said...

mengapa tiada usaha menterjemahkan buku-buku ke dlm bhs melayu secara besar-besaran?? spt menterjemah buku-buku arab ke latin dulu..

Khalid Jaafar said...

Aqil, meskipun Kant tergesa-gesa menulis "Critique of Pure Reason" - sekadar tiga bulan -- tetapi ia telah dieramkan dalam akalnya berbelas-belas tahun. Tahun-tahun dia mengeramkan pemikirannya dipanggil tahun-tahun senyap.

Anonymous said...

Berkali kali sudah membelek buku Kant. Hampir turut menambah carut juga. Kalau Tuan sudah mulai baca, saya pun mau semak Kritik der reinen Vernunft, mana tau, mungkin lebih faham dalam bahasa asalnya

Khalid Jaafar said...

Rastom, ente bikin ana cemburu! Sekarang ana tengah ngaji uludin a.k.a ilmu kalam. Ilmu ini berteraskan akal, atau cba menjelaskan wahyu dan sunnah dengan akal. Namun penghuraian mereka tentang akal sudah jauh tinggal terkebelakang. Nampaknya mereka kena baca "Critique of Pure Reason". Kalau tak mahu baca gak, maka akan terus bekulah.

Anonymous said...

Mungkin mereka kena dahului dengan Prolegomena to Any Future Metaphysics sebelum membaca Critique of Pure Reason?