Tuesday, November 21, 2006

Syok sendiri

Royal King Kong said...
aku rasa engkau ni menulis tahap syok sendiri. tak guna engkau tulis berat2 kalau orang malas nak baca. bukan tiada orang nak baca, mesti ada punya...tapi bila dah habis baca org naik menyampah dengan tulisan engkau.


mukhsen said...
-epik klasik sangat asing bagi saya (mungkin generasi saya secara general), Terima Kasih Pak untuk kongsi.


Apabila sesuatu kisah, buku, wayang, telah diberikan taraf 'epik' maka ia bermakna hebat, skopnyabesar, plotnya bercabang-cabang, ceritanya berantai, karektor yang terlibat begitu ramai, manusia besar, sederhana dan kecil. Filem Lord of the Ring, sebagai filem, boleh dikatakan bersifat epik. Namun buku Tolkein yang menjadi asas filem tersebut tidak dianggap sebagai hasil sastera. Novel Leo Tolstoy yang bertajuk Vojna i mir (Perang dan Damai) pasti satu epik moden, mengesahkan masyarakat kelas atasan Russia dikala zaman damai dan tatkala Napoleon melancarkan penaklukan Eropah dan seterusnya menawan dan menduduki Moscow. Saya membacanya di semester satu atau dua di ITM dan kesannya begitu mendalam sehingga saya memanggil girlfried saya Natasha, gadis yang jadi rebutan dikalangan jejaka Mocow. Tetapi gambaran yang terus segar dalam ingatan saya meskipun saya hanya membacanya sekali dann sudah 30 tahun adalah tatkala Putera Andrei luka dan terbaring di medan perang dan sebelum pengsan melihat awan dan langit biru yang indah dan damai.

Tetapi gelaran epik kepada filem atau novel moden hanyalah sifat yang menyerupai sifat-sifat epik sebenar. Mana satu epik sebenar? India melahirkan dua epik, Mahabharata dan Ramayana. Epik juga bermakna pengaruhnya begitu meluas maka kisah-kisah dalam kedua epik tersebut menyerang sempada India ke Sri Lanka, ke Thailand dan Burma, ke Laos danVietnam, ke Jawa dan ke Serambi Mekah. Di Barat Illiad dan Odessey adalah dua epik yang sesaorang itu tidak boleh dikatakan berpendidikan kalau tidak mengetahuinya. Begitu besar pengaruhnya sehingga cebisan dan nama dan ungkapan dari epik itu menjadi bahasa harian. 'Tumit Akilis' menjadi ungkapan kepada titik kelemahan kapada manusia atau kuasa yang kebal, 'aphrodisiac' atau peransang tenaga batin adalah dari nama Aphrodite, dewi kayangan yang tercantik. Tajuk epik Odessey sudah menjadi kata nama bagi pengembaraan yang payah dan penuh rintangan. Dan epik ketiga dalam tamadun Barat adalah Aeneid. Saya telah menyetuh di sana sini epik Homer dalam buku saya, maka saya ingin memperkenalkan hasil tangan penyair agung Virgil.

Kejahilan yang merata tentang karya-karya agung ini adalah tanda kecacatan sistem pendidikan. Untuk memahami epik iainya tidak lebih susah dari untuk memahami makenik kuantum namun ramai yang boleh memahaminya. Maka kita berterima kasih pada Aqil Fitri kerana memperkenalkannya kepada orang awam dalam enak sembang. Mungkin saya orang yang pertama menulis tentang Virgil dalam bahasa Melayu. Karya picisan yang tak berotak memang sudah bermaharaja lela. Dan citarasa picisan ini pula telah bongkak dan menyombong diri. Dia bukan sahaja tidak malu dengan kejahilannya tetapi menyangka orang lain juga jahil dan setidak-tidaknya mahu orang lain jahil sepertinya.

Katakan saya syok sendiri. Itu bukan satu keaiban, lebih-lebih lagi apabila syok sendiri itu kepada sesuatu yang agong. Apakah yang mendorong Einstein teori relativiti kalau tidak syok sendirinya? Syok sendiri adalah pendorong yang terkuat kepada penemuan dan penciptaan.

7 comments:

Anonymous said...

Pak Khalid,

Saya pun tak suka orang syok sendiri. Syok kena dikongsi, mana boleh sendiri-sendiri. Mana tahu apa yang kita rasa kita syok tu, sebenarnya ramai juga orang lain yg syok sama.

Baru syok, bila syok ramai-ramai.

Anonymous said...

SURAT TERBUKA KEPADA ENGKAU :

nampaknya engkau dah tersalah faham apa yang aku maksudkan dalam tulisan aku sebelum ini.

Aku maksudkan tentang lenggok gaya penulisan engkau dan bukannya tentang buku mahupun karya yang engkau ulas. Sekarang siapa yang lebih jahil sebenarnya?

Kalau enGKAU nak ulas karya Homer ke, Karya Leo Tolstoy ataupun tentang perang Troy takder hal punya....

Yang jadi masalahnya bentuk tulisan engkau tu berbelit tamil seolah-olah menunjukkan bahawa engkau bukan sedang membuat ulasan tentang buku; tetapi lebih semacam mahu menghasilkan karya satera epik Ramayana.

Jadi salahkah aku membuat sedikit teguran? Atau engkau ni jenis manusia yang tak boleh ditegur langsung sebab dah merasakan diri engkau tu kononnya terlalu bagus mengalahkan arwah Naguib Mahfouz?

Atau mungkin engkau hanya harap juak-juak engkau akan bagi kata-kata pujian setinggi langit setiap kali mereka komen tulisan engkau. Mereka mungkin memberi pelbagai kata pujian dan akan memanggil engkau gelaran dato' laa...pak laa...mahupun Tuan Besar. Tapi dapatkah mereka memberitahu kesilapan engkau secara jujur. Rasanya sudah tentu tidak.
Kalau macam tu...awal-awal lagi aku bagi Assalamulaikum...

Dengar sini baik-baik....aku nak bagi engkau satu nasihat....

"Kadangkala jadam yang engkau rasa pahit itulah penawar mujarab, berbanding teh tarik yang engkau berselera minum setiap hari yg akhirnya mengakibatkan engkau bakal kencing manis"

Baru aku cuit sikit, engkau dah nak melatah. Sedangkan engkaulah yg paling kuat hentam kerajaan tanpa ampun. Tapi bila diri sendiri kena kritik engkau dah hilang pertimbangan.

Aku sebenarnya tidak berniat kurang ajar, tapi aku rasa bahasa begini sajalah yg boleh buat org seperti engkau cepat tersedar dari mimpi yg muluk2......

Ingatlah sikit...pengarang besar seperti Naguib Mahfouz pernah dikritik sejuta kali lebih teruk. Dan beliau menerima dgn hati terbuka. Tapi engkau?

Mengatakan org lain sebagai jahil dan bodoh memang kerja mudah. Sapa2 boleh lakukan, hatta Mat Rempit sekalipun boleh lakukan seribu kali lebih baik.

Tapi untuk cuba berhenti sejenak dgn melihat kebebalan dan kesilapan diri sendiri hanya manusia berhati besar saja mampu melakukannya. Manusia terpilih.

Sesungguhnya dendam tidak membawa kemana.....kecuali ke neraka jahanamm...

Akukah yang bodoh dan jahil atau engkaukah yang terlalu bebal memahami dunia realiti.......

engkau ada 2 pilihan, pertama melayan komen aku seperti musuh, atau menerima komen aku dgn rasional dan hati terbuka. pilihan ditangan engkau, suka hati lah engkau nak menerima dalam bentuk bagaimana. Sebab aku taknak ambik tahu lagi...

Terima Kasih!

Royal King Kong
* apapun aku harap engkau terus menulis dgn lebih baik. Bahasa perkara kedua, yang pertama sudah tentulah supaya khalayak dapat isi. Bukan sekadar bahasa make up mahal.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Khalid,

Saya sokong komen Tuan Jiwa Rasa! Siapkanlah cepat gurindam epik itu, biar saya terbitkan.

Orang lain pun nak tumpang syok juga...

PS: Laptop tuan masih ada, bukan? Belum dicuri orang

Amin Ahmad said...

Ha ha..

Puan Ainon, merajuk pula Pak Khalid nanti bila masih bicara soal laptop hilang!

King Kong,

Buatlah blog sendiri..kan senang!

Khalid Jaafar said...

Jehan Bakar, saya KOOL, tetapi mana ulasan yang saya patut belasah saya akan belasah. Dan akan saya lakukan tanpa apologi. Tetapi bila saya belasah saya tidak belasah kosong. Dalam marah saya, saya kira, dan ini juga mungkin syok sendiri, pembaca saya akan dapat maklumat atau perspektif baru. Dan kemarahan saya, saya kira satu kemarahan saksama kalau tidakpun holy anger, merupakan satu pemberontakan terhadap hegemoni kelaihan intelektual.

MDM FARAH FAIZURA said...

iybak kata amin

ini

argumentum ed hominem

ehehe