Monday, August 07, 2006

Sekularisme Shah Rukh Khan

"Setiap Muslim (India) seharusnya berbangga hakikat mereka hidup dalam masyarakat yang paling sekular," kata the badshah of Bollywood dalam satu wawancara dengan harian The Times of India ( Ogos 4).
SRK ditanya: "Muslim kelas menengah hari ini merasakan mereka terasing dari masyarakat." "Tidak benar," jawab beliau. "Kita hidup dalam negara di mana saya tidak fikir kita perlu (terasa terasing). Saya tidak fikir orang Islam negara ini punya alasan (untuk menjadi pengganas.)"
"Biar saya katakan begini, biar saya katakan kepada dunia, menjadi seorang pengganas bukan bermakna menjadi seorang muslim. Saya dengar ada pengebom mahu menjadikan saya sasaran. Mengapa mereka mahu mencederakan saya, saya juga seorang Islam. Sebenarnya mereka mahu mencederakan India. Keganasan adalah jenayah terhadap negara."

28 comments:

Anonymous said...

Baharu saya berdebat dengan seorang fundamentalist muslim dari PAS mengenai isu jangan politkan agama dan pentadbiran agama adalah satu pentadbiran yang tidak adil. Yang diperjuangkan ialah demokrasi dan perundangan yang bebas....

Aku menentang pentadbiran khalifah , ulama dan apatah lagi pentadbiran agama dalam sesebuah negara. Untuknya , pentadbiran islam adalah paling baik dan adil..Begitulah perdebatan kita sehinggalah menyentuh isu-isu yang sangat sensitif

Berdebat dalam telefon bimbit. Banyak juga perkara-perkara sensitif yang disebut. Malangnya saya tiada masa untuk masukkan laman blog. Saya rasa pada masa itu mesti menjadi saya perkara yang sangat hangat kerana masing-masing dia dan saya menyentuh pelbagai perkara yang hangat sehingga menyentuh aspek tuhan dan sebagainya..

Khalid Jaafar said...

Teruskan berdebat. Berdebat biar panas, baru seronok, tetapi akal perlu dingin. Mungkin boleh belajar teknik Zhuge Liang berdebat dengan penasih-penasihat Sun Qian.

me,myself n all around da world said...

sy juga xsetuju dgn pentadbiran khalifah(skrg). ulama xsemestinya pandai memerintah. di kalangan para shabat ramai lg yg fakih berbanding umar dan othman ra, tetapi tidak dilantik menjadi pemimpin.

shen, islam itu berlandaskan sifat adil. kalo xadil itu bukan islam.

pak khalid, lama dah sy nak tanya mengenai ni. mengapa tak masuk saje PAS?? adakah PAS tidak adil??

Anonymous said...

Panas!!! Memang panas sehingga shin kata kalau saya blog di internet pihak ulama dan pas akan mengadu sehingga kepada YDPA. Haha..

Malangnya , memang tidak ada masa untuk berbuat demikian. PAS ? Memang antara debat saya mengenai PAS antara saya dengan MENJ seorang fundamentalist melalui seorang orang tengah. Ini yang kelakar.

Aku SMS kepada SHIN mengenai peristiwa seorang pegawai JAIS menangkap orang maksiat tetapi selepas tangkat dia sendiri yang menyuruh perempuan itu buat oral seks dengannya. Maka SHIN dengan segera menghantar sms kepada MENJ. Dan rupa-rupanya saya tidak berdebat dengan shin tetapi menj. Aku pun hairan sejak bila SHIN menjadi seorang pejuang islam yang begitu fanatik. Haha...

Tuan Khalid , islam itu memang adil tetapi selepas dipolitikan ataupun menjadi pemerintah akan menjadi kurang adil kepada yang bukan islam.Hal ini akan saya jelaskan dengan lebih lanjut pada masa hadapan mengapa selepas pentadbiran islam dilaksanakan dalam sesebuah negara akan menjadi kurang adil kepada yang lain.

Mengenai isu belajar dari Zhu Ge Liang itu mungkin saya masih tidak layak. Walaubagaimanapun tiada apa yang tidak mustahil di dunia ini. Adilnya adalah dunia ini adalah sentiasa adil kepada mereka yang mahu belajar dan meningkatkan diri dari semasa ke semasa. Aku tetap akan belajar...

Me , myself and my world PAS itu akan aku bungkus bagaikan nasi lemak dan buang ke dalam tong sampah pada akhir tahun ini sekiranya mereka masih tidak berubah.

me,myself n all around da world said...

shen, kalo awak nak nak buat bungkus nasi lemak, bagaimana pula dgn Keadilan,hehe...mahu bungkus gak??

shen, slps pentadbiran islam dilaksanakan dalam sesebuah negara akan menjadi kurang adil kepada yang lain maka itu bukanlah islam yg sebenar...

jadi pentadbiran mana yg awak pilih??sekular acuan india, sekular acuan amerika, sekular acuan turki,komunism acuan cina atau komunis acuan Cuba?

Khalid Jaafar said...

Me... Sudah saya katakan saya orang Liberal. Pendukung Perlembagaan (makanya Perkara 11 juga). Dalam isu-isu ini Pas banyak kontradiksi dan tidak tuntas.

Anonymous said...

Me. Sabar dahulu. Bila aku lapang nanti akan aku jelaskan apakah adil ataupun tidak.Islam itu memang adil tetapi manusia hari sudah banyak memesongkan ataupun melaksanakan dengan cara yang tidak adil. Oleh itu , untuk Malaysia masih tiada lagi sebuah pertubuhan politik yang boleh memerintah seadil sebagaimana yang berlaku pada zaman pemerintah Nabi Muhammad. Maka ini akan menjadi tidak adil...

PAS itu hiprokrit. Pertama ialah peralihan sokongan mereka kepada pemimpin tertentu. Kedua ingin membuka keahlian kepada golongan yang mereka anggap murtad. Ketiga ajaran islam menekankan persamaan taraf dan menjamin hak semua pihak tidak diperjuangkan oleh PAS dengan setulen-tulennya. Keempat , patung terbesar Buddha yang dibina itu sekadar untuk tujuan politik ataupun benar-benar ikhlas? Jika patung Buddha itu boleh dibenarkan mengapa pula tidak perbincangan artikel 11 secara aman dan damai? Ini baharu 4 isu yang saya hendak timbulkan. Kalau ada masa aku akan cari 100 sebab lepas itu bungkus dan buang.

Walaubagaimanapun aku perlu bersikap adil. Aku kata bagi masa sampai akhir tahun ini. ME , tidak kira keadilan , dap , umno , mca ataupun payung. Kalau berlaku ketidakadilan akan aku bungkus juga. Keadilan sebelum ini juga tidak terlepas daripada beberapa tembakan saya terhadap isu , perlaksaan dan pemimpin tertentu. Sama juga dengan pas , umno dan gerakan.

Kalau boleh acuan Zhu Ge Liang ataupun Aristotle yang saya mahukan.

Islam ke tidak. Sekular ke tidak. Aku tidak kisah. 2 aspek sahaja...Demokrasi dan perundangan yang bebas 100% tanpa sebarang campur tangan politik dan agama...

Aqil Fithri said...

kawan2,

saya (kadang2) anti PAS juga. cuma, saya ingin ingatkan kawan2 supaya memandang PAS sebagai parti politik, bukan sebagai parti Islam :-) lebih mudah begitu...

Anonymous said...

Kalau begitu setujukah orang-orang PAS bahawa Parti mereka bukan parti islam tetapi hanya sebuah pertubuhan politik?

Kalau Hadi Awang , Nik Aziz , Mat Sabu , Husam , Nasarudin atau sesiapa berani istiharkan maka tiada masalah untuk yang lain untuk melihat PAS sebagai satu pertubuhan parti politik.

Kedua , apakah yang diperjuangkan oleh PAS selain daripada isu agama? Apakah isu yang senantiasa dimainkan oleh PAS selain daripada isu agama? Setiap kali ada ceramah tema apakah pula yang menjadi intipati ceramah itu?

Maka............

Anonymous said...

Yang saya anti itu bukan PAS ataupun UMNO. Kerana setiap perkara di dunia ada kebaikan dan keburukannya. Yang baik aku sokong. Yang buruk aku tentang..

Aqil Fithri said...

kwn2,

meski Islam itu sakral; tetapi, tafsiran Islam, PAS & muslim bukanlah sesuatu yang sakral. Jadi, tafsiran Islam, PAS & muslim sudah tentu dapat dikritik, diubah dan didefinasikan kembali :-) saya percaya begitu...

Anonymous said...

Itupun kalau PAS sudah dikritik dan apatah lagi berubah

Aqil Fithri said...

shen,

benarkah PAS yg membina Patung Buddha tersebut? cuba kembali semak fakta...

me,myself n all around da world said...

PAS sebuah parti politik yg memperjuangkan islam. dr segi matlamatnya jelas utk membawa keadilan dan kemakmuran...

TG Hadi Awang dlm satu temuramah mengatakan bukan matlamat PAS ingin mengubah perlembagaan Malaysia secara keseluruhan, cuma ingin mengubah sedikit mana2 yg dirasakan perlu. jadi PAS juga sebenarnya liberal (pendukung perlembagaan)


SHEN, adil mana yg awak mahukan???tiada keadilan di dunia ini. akan ada sentiasa org yg tidak berpuas hati. itu sebablah terdapat byk parti2 politik ditubuhkan dgn pelbagai ideologi dan semuanya merasakan bahawa merekalah plg adil!!!

mengenai apa yg diperjuangkan oleh PAS bukan shj perkara2 melibatkan islam. undang2, ekonomi(cuma apa yg sy lihat penyokong PAS lebih gemar kpd sesi kutuk mengutuk kalo yg bersifat ilmiah sket ramai yg angkat kaki).

Pak khalid,cuba lihat blk apa tuntutan MCCBCHS terhadap artikel 11.

Anonymous said...

Guna perkataan salah. Membenarkan...Menulis dalam keadaan yang tidak sedar....

Anonymous said...

Saya tidak menafikan tiada keadilan 100% di dunia ini tetapi sekurang-kuranya ada peratusan keadilan yang terbaik....Menjurus kepada isu ini maka pemerintahan dan pentadbiran islam masih dianggap bukan pemilihan yang terbaik...

Kita lihat sahaja sekiranya agama dipolitikan maka kesannya jauh lebih memudaratkan. Negara-negara Peranchis , German , England yang pada ketika dahulu mempolitikan agama sehingga institusi gereja berkuasa sehingga menyebabkan pelbagai masalah dan kesan yang buruk. Mereka sudah sedar dan kini jauh lebih maju berbanding dengan negara-negara lain....

Apakah punca kejatuhan islam? Antranya ialah perebutan kuasa antara pemimpin....Perkara ini juga menjadi asas kepada pelbagai mazhab islam pada hari ini. Kita lihat bagaimana Kerajaan Umaiyah menggulingkan ataupun guna cara tipu helah dengan menjatuhkan Khalifah Ali. Selepas itu dalam K Umaiyah sendiri terdapat banyak konflik antara satu sama lain..Revolusi Abbasiyah untuk menjatuhkan Umaiyah...
Hari ini ada juga golongan islam yang secara terbuka-buka menentang syiah dan hizbollah kerana perbezaan mazhab.....

Apakah sampai hari manusia tidak sedar ? Tidak mahu maju? Itu baharu % daripada apa yang saya kemukakan. Biarlah saya lapang dahulu saya akan bawakan fakta-fakta sejarah yang menunjunkkan pemerintahan islam sendiri telah menjatuhkan islam...Negara islam seperti IRAQ , LUBNAN , Palestin sudah ke mana dalam dunia yang semakin ke hadapan?

Saya tidak menafikan Islam itu satu agama yang amat baik dan adil tetapi tidak semestinya pentadbiran yang terbaik. Saya tidak kata tidak baik tetapi bukannya yang terbaik.....

Sabar dahulu. Tunggu aku betul-betul lapang akan saya jelaskan pemerintahan berdasarkan agama bukanlah yang terbaik.

Anonymous said...

shen..kalau tak tahu hal Islam, belajar dulu.agama Islam tak sama dengan agama Lain. jangan berlagak pandai...

Anonymous said...

Saya tidak pernah kata saya tahu tentang hal islam. Pada masa yang sama , apakah hak kamu untuk menolak pemikiran dan pendapat saya ? Beranikah kamu kata kamu tahu tentang islam dengan mendalam ?

Islam itu sendiri ditafsir oleh pelbagai ulama dengan pelbagai pendapat yang berbeza dari Ulama A hinggalah ke Z. Dari dahulu sehingga ke hari ini. Bolehkah kita kata ulama A betul , B salah , C betul dan seterusnya ?

Soal belajar. Saya akan belajar. Ini satu kepastian. Biar seseorang belajar sampai mati pun sukar untuk seseorang menguasai sesuatu dengan 100% termasuk seorang profesor sendiri.

Saya mengaku saya tidak tahu tentang islam secara mendalam lebih baik daripada sesetengah pihak tidak mahu mengaku lagi apatah lagi berlagak pandai arif dalam agama.

Anonymous said...

Shen, tahu ttg Islam tak sama dengan faham ttg Islam.kamu boleh bahas ttg sejarah Islam tapi bukan pada intipati Islam.belajar dulu ttg solat, puasa dan rukun Iman asas yang lain sebelum kamu bahas perkara ranting yg lain.

Khalid Jaafar said...

Anonim, Shen tidak wajib belajar tentang Salat. Dia beragama Buddha. Saya kira keinganannya untuk mengetahui Islam patut di hurmati. Kita tidak perlu bersetuju dengan kefahaman beliau. Dan dalam Islam sendiri berapa banyak pandangan dan tafsiran? Tetapi berapa ramai pula orang Islam yang cuba belajar agama Buddha?

Anonymous said...

Solat , rukun iman dan puasa telah pun saya belajar semasa saya berada di darjah 4. Umur 10. Sepanjang 3 tahun 2 minggu sekali akan saya pergi ke rumah seorang bekas ketua pemuda umno di bahagian si jangkang....Saya pergi ke sana akan berdebat , berbincang dan meminta tunjuk ajar dalam soal politik dan pada masa yang sama mengenai islam....Saya sendiri mula berpuasa sejak berada di darjah 4..Puasa saya tanpa sahuh lagi...Malahan antara faktor yang menyebabkan saya suka mempelajari islam islah sikap keterbukaan yang ada pada islam...Tidak seperti hari seperti saudara ini tak boleh. Itu tak boleh. Ini kerana belajar dahulu baru boleh ini...Saya rasa ini bukan islam yang saya tahu...

Baru 2 hari lepas saya membeli buku Ingatlah Insan daripada Nik Aziz...Baharu hari ini saya meminjam 3 cd daripada rakan saya mengenai debat antara seorang ulama dengan paderi mengenai isu agama. Tidak juga seperti saudara dan saudari..Bahkan saya diberitahu pada ketika dahulu pernah seorang paderi berdebat dengan ulama dan akhirnya paderi tersebut memasuki islam kerana sudah dapat mencari kebenaran..

Aplikasi di sini , anggaplah kamu ialah ulama dan saya ialah paderi seperti dalam debat itu. Yakinkah saya. Betulkan saya. Debat sampai saya dapat kebenaran. Bukannya kritik , caci ataupun melemparkan perkataan yang agak tajam kepada saya. Ini hanya akan memburukkan lagi persepsi saya terhadap islam.Nasihatkan apa yang patut dan bukannya kata kena tahu ini dahulu baru boleh ini. Lepas itu kalau tak tahu ini tak boleh debat atau bersuara. Sedangkan paderi itu tiada sebarang pendedahan mengenai islam. Tidak pun ada peraturan kata dia tidak boleh bersuara...

Anonymous. Islam suruh kita bersikap keterbukaan dan terang-terangan. Kalau kamu berpaksi pada islam dan yakin apa yang kamu kata itu benar maka tidak perlulah guna nama anonymous. Guna nama sendiri dengan mengahnya...

Jika saudara atau saudari tidak bersetuju dengan pandangan saya maka saya hormati diri anda kerana saya perlu meneriman hakikat Yang Maha Esa lagi Besar itu memang kerana mampu mencipta pelbagai insan yang berbeza dari segi pemikiran , cita rasa dan sebagainya.

Jangan hanya kerana saya bukan islam maka ada diskriminasi. Dalam islam sendiri sudah ada berpuluh-puluh pendapat yang berbeza dalam kalangan ulama. Yang paling ketara ini pelbagai mazhab. Bagi saya semuanya benar. Masing-masing menafsir untuk kebaikan. Tiada untuk sebarang kejahatan...

Saya tak pernah berani mengatakan pandangan saya adalah 100% benar. Maka adakah anda berani kata apa yang dikatakan oleh kami itu 100% benar? Itukah islam yang tulen ? Itukah sebenarnya islam ? Ataupun itu hanya pendapat anda semata-mata

Khalid Jaafar said...

Shen, sudah tiba masanya kamu belajar Fusus al-Hikam oleh Ibn Arabi. Yang jumud dan sempit akalnya kamu tinggalkan saja dibelakang.

Anonymous said...

Dari mana nak belajar fusus al hikam? apa yang terkandung dalam yang boleh saya pelajari ?

Khalid Jaafar said...

Shen, jawapannya panjang. Esok saya ada kelas "Pengajian Liberal" di INTIS. Saya perlu buat persediaan. Lepas itu nanti saya jawab.

Anonymous said...

shen,sy minta maaf sekiranya tersalah kata dan sy menghormati sikap kamu yg ingin belajar.tapi orang yg sampai ke puncak bangunan melalui terjun dari helikopter tidak sama dengan orang yg naik melalui anak tangga.apa2 pun sy doakan agar kamu cepat mendapat hidayah dari Allah dan dapat masuk agama fitrah bagi semua manusia ini.pak khalid, sy bekas
penuntut di ukm dlm bidang falsafah dn bljr ttg kepelbagaian agama di dunia ni.asif..

Khalid Jaafar said...

Anonim, tentu tidak sama, tetapi sampai juga ke atas bangunan.

Anonymous said...

Terima Kasih Asif. Belajar tentang pelbagai agama? Jika lapang berilah tunjuk ajar saya tentang agama-agama yang lain. Saya mempunyai semangat ingin tahu yang kuat terhadap agama lain seperti krisitian , shintoisme dan judaisme. Saya tahu sedikit sahaja dan masih belum menyelami dengan begitu ..

Tidak perlu minta maaf. Saya orang terbuka. Sedia untuk dikritik jika salah. Sedia untuk belajar jika jahil..

Tuan Khalid , INTIS itu apa? Pengajian Liberal ? Nampak macam sangat seronok !

Maksud Khalid Jaafar ialah untuk mencapai sesuatu maklamat dalam hidup ini ada pelbagai cara menuju ke arah itu. Jika kita hendak pergi ke satu tempat. Kita boleh berjalan , berlari , menggunakan basikal , motorsikal , kereta , kereta lembu ataupun kapal terbang. Asalkan sampai ke destnasi itu tidak kira guna lebuh raya ataupun jalan raya..Adakah ini maksud kj bahawa tetap sampai ke bangunan ?

Anonymous said...

..:]