Friday, August 18, 2006

Fusus al-Hikam 1

Saya: Shen, sudah tiba masanya kamu belajar Fusus al-Hikam oleh Ibn Arabi. Yang jumud dan sempit akalnya kamu tinggalkan saja dibelakang.

Shen Yee Aun: Dari mana nak belajar fusus al hikam? apa yang terkandung dalam yang boleh saya pelajari ?

Fusus al-Hikam adalah antara buku yang paling sukar difahami. Saya hingga sekarang masih bergelut untuk memahaminya. Saya sering cemburu dengan mereka yang mahir membaca Arab. Bagi saya kalau sudah mahir membaca Arab, selain dari menikmati novel-novel Najib Mahfouz dalam bahasa asal, boleh memahami kitab-kitab Ibn Arabi. Sangkaan saya meleset. Beberapa tahun lalu saya di Amman menjadi tamu kepada anak-anak muda yang mengikuti cabang kepada tarikat Shadhali. Saya bertanya adalah mereka mengadakan kumpulan untuk membaca Fusus al-Hikam atau Futuhat al-Makkiah . "Kami Arab, tetapi kami tidak faham isi yang dituliskan oleh Ibn Arabi. Kami memahami Ibn Arabi melalui terjemahan Inggeris oleh William Chittick. Setelah membaca Chittick baru kami famahi apa yang ditulis oleh Sheikh al-Akbar dalam bahasa Arab." Begitu kata mereka. Saya berasa lega kefahaman saya tentang Ibn Arabi juga melalui teks-teks syeikh itu yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

6 comments:

Anonymous said...

Saya sendiri mula keliru kini. Haha. Adakah buku ini kini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ? Adakah buku ini berkaitan dengan keagamaan ?

Sukar difahami. Mencabar! Mencabar. Saya suka cabaran tetapi tidak pasti sama ada saya sendiri boleh faham ataupun tidak kerana sudah banyak yang tidak dapat menguasainya.

Amin Ahmad said...

saya ada 1 buku terjemahan oleh Chittick dan Syed Hossein Nasr tajuknya Islam Intelektual..

Sangat berat bukunya..huhu..bukan berat buku tapi kandungannya.

Anonymous said...

Kritikan terbaru terhadap shenyeeaun di shenyeeaun.blogsome.com. Haha.. Saya terbuka. Saya approve his comment dan dia mempunyai hak untuk bersuara. Saya kagum keberaniannya.

Kritikannya adalah "Kamu hanyalah seorang pemuda cina yang kagum pada diri sendiri. You’re nothing. You’re just a Chinese boy with your so-called ‘perjuangan’. WTF. I don’t freaking care. "

Anonymous said...

menghayati islam tak sama dengan memahami islam...seorang bukan muslim selamanya takkan dapat memahami pemikiran seorang muslim melainkan dia sendiri menjadi seorang muslim...begitu jugak dengan seorang muslim selamanya takkan dapat menghayati islam melainkan dia mengamal setiap ajaran islam...bak kata pujangga sufi..sesungguhnya amal tanpa ilmu itu sesat sedangkan ilmu tanpa amal itu sia-sia..kalau setakat nak baca fusus al hikam tanpa mengamal apa yg terkandung dlmnya...memang susah nak faham sebab kitab tu byk syarah ttg amalan hati dan penjernihan jiwa bukannya setakat akal semata-mata...kena byk beramal dan zikir sampai mata hati dan jiwa jadi celik dan terbuka...masa tu InsyaAllah barulah senang faham...kena berguru jugak sebab kalau faham sendiri...dalam kitab tu byk kenyataan2 yg sekali pandang...nampak kufur...takut kalau yg tak cukup ilmu baca...ikut jatuh kufur jugak

wahidiyah said...

Assalamu'alaikum

Salam kenal....
silahkan klik www.wahidiyah.info
www.wahidiyah.multiply.com
untuk mendapatkan kajian Kitab Al-Hikam lebih jelas.

Wassalam

Anonymous said...

Setahu saya Kitab Hikam ini guru yang bertaraf Sufi saja yang faham untuk mengajarnya. Contohnya kita ambil BULAN ...sains kaji bulan bgaimana? Punjangga menafsir BULAN bagaimana? Orang biasa melihat BULAN apa pengertiannya. Begitulah susahnya ilmu ini. Orang yang mahir ilmu hikam ini amat sukar untuk dikenali kerana sudah sampai ketahap kewalian.