Friday, August 04, 2006

Kasihani Bangsa Itu

Kasihani bangsa itu yang penuh akidah tapi kosong agama.
Kasihani bangsa itu yang memakai baju bukan dari kain tenunannya, memakan
roti gandum bukan panennya, dan meminum arak yang tidak mengalir dari kebun
anggurnya.
Kasihani bangsa itu yang meraikan samseng sebagai wira, yang menyangka kilau
penakluk sebagai laba.
Kasihani bangsa itu yang membenci nafsu dalam mimpinya, tetapi menurutinya kala
kala jaganya.
Kasihani bangsa itu yang tidak mengangkat suara kecuali masa mengiringi jenazah, tidak
bercakap bangga kecuali dalam kehancuran, dan tidak akan bangun melawan kecuali
apabila leher telah dicelah mata kapak dan kayu sembelih.
Kasihani bangsa itu yang pemimpinnya seekor musang, filasufnya tukang silap mata, dan
seninya hanya menampel dan meniru.
Kasihani bangsa itu yang menyambut ketua baru dengan nafiri, dan mengucapkan selamat
tinggal dengan ejekan, hanya untuk menerima si pengantinya dengan nafiri lagi.
Kasihani bangsa itu yang orang bijaknya pekak kerana tua dan orang kuatnya masih
dalam buaian.
Kasihani bangsa yang terpecah kepada cebisan, dan setiap cebis mengaku dirinya
sebagai satu bangsa. --- Khalil Jibran

2 comments:

Anonymous said...

sayang pak khalid kerana pak khalid sayang saya. Pak Khalid juga tidak kurang ajar kerana rajin memberi tunjuk ajar.

Anonymous said...

pak khalid saya juga inginkan artikle ini untuk dikongsi benarkan saya.-Danial Raid Ballan