Wednesday, October 04, 2006

Kenapa ulasan Conradagosy dipadamkan?

Saya mengambil keputusan memadam satu ulasan Conradagosy. Dan saya tidak perlu meminta maaf. Beliau telah mengambil sikap yang saya tidak sukai iaitu meremehkan bahawa Melayu yang juga saya kira sebagai satu menifestasi kemalasan intelektual. Saya sudah ingin menegur, tetapi belum sempat, tentang ulasan beliau sebelum ini yang banyak menggunakan pendekatan potong dan tampal sumber-sumber bahasa Inggeris. Ini tidak bermakna saya takut atau tidak menghargai hujah-hujah beliau. Pengikut-pengikut awal khalidjaafar.org dan Aficionado tahu pendirian saya tentang bahasa meskipun saya tidak belum mengatakannya secara jelas. Sekarang sudah sampai masanya. Bahasa Melayu cukup berupaya untuk menjadi saluran perdebatan intelektual. Dan saya amat tidak suka mereka yang merasakan dirinya istimewa boleh berdebat dalam bahasa Inggeris dan meluat pada mereka berasa sukar dan tidak selesa untuk berdebat dalam bahasa Melayu setelah 50 tahun merdeka. Conradagosy boleh menghantar kembali ulasannya. Dan teruskan perdebatan, ingat, dalam bahasa Melayu!

5 comments:

Khalid Jaafar said...

Conradagosy,
Tulisan saudara mempunyai isi. Cuma saya bimbang pada ramai pembaca blog ini, isi tersebut diselubungi kabus sikap untuk menunjuk-nunjuk. Kalau itu cara saudara, teruskan saja. Kalau tabiat saudara mahu mengukur ilmu orang lain, dan ada yang sanggup melayaninya, saya tidak punya halangan. Asalkan dalam bahasa Melayu. Kalau ada yang mahu menyanggah saudara dalam bahasa Inggeris, mahu menujukkan dia juga boleh berhasa Inggeris seperti saudara akan turut saya padamkan. Jika saudara lebih senang ingin berdebat dalam bahasa Inggeris sila buka blog sendiri dan saudara boleh mencipta komuniti sendiri dengan gelaran yang saudara suka. Bilamana saudara membuat ulasan dalam blog saya dan bilamana ada persoalan substantif yang perlu saya jawab saya akan jawab. Kalau saudara mahu buat apa-apa tuduhan pada saya -- zalim, tidak liberal, menyebut nama-nama besar tanpa membacanya -- teruskan juga, syaratnya dalam bahasa Melayu. Itu hak saudara, saya tidak akan ganggu. Produktif atau tidaknya perdebatan ini bergantung kepada jawab menjawab pada persoalan substantif dan penghujahan berkembang. Kata mengata sikit-sikit boleh, kalau tidak perdebatan hambar. Mahu menunjuk dan mempamirkan ilmu, mahu mengajar orang lain, juga silakan. Tapi jangan keterlaluan sehingga menenggelamkan isu pokok. Itupun saya serahkan pembaca membuat pertimbangan. Komuniti kami menggunakan bahasa Melayu, sebagai satu pilihan, dan juga sebagai satu perjuangan. Dan saya tidak berkompromi dalam hal itu. Kalau ini dikatakan zalim atau tidak liberal saya akan menjawabnya kalau tuduhan ini dibuat 30 tahun lalu. Tidak dimasa sekarang. Ilmu kami gali dari bahan-bahan bahasa Melayu, Inggeris dan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris. Di kalangan kami ada mereka yang boleh menggali ilmu dari sumber bahasa Arab, Cina, Perancis, Jerman dan ada yang sedang mempelajari bahasa Yunani Kuno. Maka kami saling lengkap melangkapi, semak menyebak, tetapi tidak saling tunjuk menunjuk. Tepi ukuran terakhir adalah apa yang ditulis, hujah yang dikemukakan, dan daya tarik tulisan tersebut.

blokbatu said...

Saudara Conrad,

Pada pandangan saya anda sudah melalut jauh, begini ya, jika saya tak salah, anda ingin menguatkan hujah anda bahawa liberalism sudah mati! Jadi antara argumen saudara ialah murtadnya pemuka aliran liberalism yang asal. Ini yang saya faham, kalau salah anda sudah tentu boleh tentukan. Jadi, antaranya murtadnya Coleridge
(satu nama yang anda sebutkan).

Saya amat meminati akan maklumat yang saudara berikan. Saya juga akan cuba untuk menambah ilmu seperti yang saudara sarankan. Akan tetapi saya rasakan forum mengenai coleridge akan kita cuba adakan pada lain waktu, mungkin?

Saya merasakan anda sedang memuntahkan maklumat, analisa anda juga adalah pemuntahan maklumat. Saya rasa anda mesti tumpu untuk menunjukkan matinya liberalism.

Seperti yang saudara katakan pada komen yang terdahulu, saya adalah orang tak berisi, itu memang benar SAYA TAK MALU UNTUK MENGAKU, jadi saya ingin belajar, jadi sdr Khalid telah mengatakan rukun liberal yang beliau fahami, beliau juga menerangkan nasab liberalnya. Anda sudah tentu boleh untuk bersetuju atau tidak, terpulang. Tapi:

APAKAH LIBERALISM YANG 'ASLI'PADA PANDAPAT SAUDARA?

Setakat ini anda mengatakan liberal aliran Paine sebagai contohnya telah dicincang, jadi itu juga salah satu alasan anda bahawa liberalism sudah mati(selain arguman mengenai Coleridge tadi). Tapi sebagai pelajar, saya tidak merasakan itu memuaskan dan meyakinkan.

Adakah hanya dengan kemurtadan pemuka asal ataupun kununnya pada pandangan saudara kekalahan Paine kepada Burke, menjadi hujah kuat kepada kematian liberalism(ASLI)?

Jadi bagaimana dengan aliran liberalism aliran Von Mises, Hayek, Popper dan lain-lain? ADAKAH SIA-SIA UNTUK MEREKA UNTUK MENGHIDUPKAN KEMBALI ALIRAN LIBERASLISM SEBAGAI LAWAN KOMUNISME DAN TOTALITARIANISME(sebagai contoh)

Faham dan pemikiran meraka tidak layakkah dikenal sebagai liberalism

ADAKAH ALIRAN LIBERALISM MEREKA INI SUDAH TIDAK ASLI? JIKA YA, ADAKAH IA TIDAK BOLEH LANGSUNG DIKENAL SEBAGAI SALAH SATU CABANG ALIRAN LIBERALISM?

JADI SAYA KE SOALAN YANG LAIN, JIKA RIGID SEHINGGA TIDAK BOLEH DIASSOSIAKAN DENGAN LIBERALISM, KETIDAKANJALAN ITU ATAS PERTIMBANGAN APA, APAKAH ALASAN FILSAFATNYA?

jIKA TIDAK RIGID, MAKSUDNYA ANJAL, DAN BOLEH DITERIMA SEBAGAI LIBERALISM LALU APAKAH ASASNYA?

saudara Conrad(penat nak eja nama saudara)

Mengapa saya perlu memberi ulasan dalam bahasa inggeris, baru anda nak jawab. Tindakan ini persis orang tak sedar diri. Anda mengkritik sdr Khalid kerana bersikap 'kejam' tetapi anda pun sama juga. Ini benar tidak ada kejujuran intelektual.

Ketidakjujuran intelektual ini berlanjutan kepada ulasan saudara mengenai Hayek. Berlagak umpama anda yang sedang beranalisis sedangkan anda hanya mencungkil karya orang lain. Anda hanya cut and paste!

Tidak malukah anda! Oh ya mungkin saya salah! Mungkin Gary Dempsey timbalan direktur pembanguna Cato Institute yang belajar dengan saudara, bukannya anda yang menciplak, dia yang belajar dari saudara.

Sekian terima kasih dengan 'ilmu' yang mencurah-curah

Amin Ahmad said...

Perasaan saya bercampur baur..antara kecewa dan gembira.

Kecewa kerana sbg seorang yg tidak cukup masak, saya berharap menemukan 'ilmu' dari wacana yang segar-biar tegang jgn putus..tapi wacana yg ada sudah jadi medan argumentum ed hominem.

Saya gembira kerana sy tahu sy berpijak di bumi yg nyata..di mana apa yg Julien Benda cuba sampaikan tentang ketidakjujuran intelektual itu boleh wujud..

Ya, kita cenderung serkap jarang. Kita, apa yang Prof Khoo Khay Kim kata sering memilih untuk membaca apa yg kita telah persetujui sebelumnya. Kita jarang mencabar fikiran dan kepercayaan kita..ntah dogma apa yg ada sehingga usaha menjengah medan-medan terlarang dianggap 'dosa dan boleh memurtadkan'. Seolah sang penjengah memang sengaja cuba mencampakkan diri dalam binasa..

Conrad, saya gembira juga dapat semula salinan asal karja Prof Sultan Ta'dir..karya ini pernah saya ketemu semasa zaman reformasi dulu..seorang teman kirimkan pada saya dengan ingatan agar tabah selalu. Entah di mana dia sekarang, masih adakah lagi kami pada cita-cita yang sama dulu..

Amin Ahmad said...

Sdr Conrad,

Saya cuma maksudkan ketidakjujujuran intelektual itu dalam konteks umum. Bahawa kita cenderung mempertahankan pandangan untuk menang dan bukan mencari kebenaran.

Saya percaya jika sdr menonjolkan diri, dan kita semua menumpukan kepada hujah dan idea, maka kita sepatutnya tidak bermasalah untuk duduk semeja bertegang leher - sebagaimana kawan-kawan di Telawi, Damansara dan Bangsar Utama selama ini..

Moga kejernihan niat kita dapat selalu dirasai oleh semua..

Anonymous said...

toksah masuk campur la amin.