Wednesday, October 04, 2006

Syariat dewata lawan hukum negara 1


Oedipus sudah dibuang negeri, hukuman yang beliau jatuhkan ke atas dirinya sendiri. Dia disumpah dewata bukan kerana kebejatan yang sengaja dilakukan tetapi kerana keyakinan kepada kemampuan dirinya, usaha manusia boleh melawan takdir. Kata Ibn Ata'illah dalam Hikam "kekuatan himmah tidak boleh menewaskan takdir." Oedipus mendengar ramalan dia akan membunuh bapanya dan mengahwini ibunya. Dia begitu gerun mendengar ramalan itu dan terus tidak pulang ke rumahnya dua orang tuanya. Tetapi tindakan yang beliau sangka sebagai langkah untuk mengelakkan ramalan tersebut dari berlaku sebenarnya adalah tindakan yang bakal memenuhi ramalan tersebut. Pasangan yang selama ini dipanggil Oedipus ibu dan ayah hanyalah keluarga angkat. Dan dia lari meningalkan keluarga angkat untuk menuju ke keluarga sebenar dan melakukan perbuatan yang paling keji. Dan benih kekejian bersama isterinya, yang juga ibunya, melahirkan anak-anak yang juga adik-adiknya. Apabila hijab takdir terbuka sang ibu membunuh diri dan Oedipus membutakan matanya. Dan tirai pentas Oedipus Tiranus ditutup dengan Raja Oedipus turun tahta, meninggalkan negeri, dipimpin oleh anak-anaknya, untuk menjalani hidup dalam buangan. Dan mulut Oedipus mengeluarkan kata-kata filsafat: "Jangan sesiapa merasakan hidupnya bahagia selagi belum bertemu ajal."

3 comments:

Anonymous said...

danial raid ballan 19 tahun
....................................

Pak Khalid adakah penulisan buku ini mirip pada novel psycho. Saya teringat kata-kata Khalil Gibran Yang lebih kurang Berbunyi Pensyair atau orang seni itu adalah orang yang tidak bahagia kerana mereka hanya mengumpulan abu untuk membina istana mereka, yang selalu berangan untuk mencapai impianya. Saya menulis petikan ini kerana saya juga dalam golongan pemuzik, tahap amatur yang inginkan kejayaan yang saya tujukan ke arah kemakmuran hidup.

Betulkah bahagia itu tidak pernah ada dalam isi kandungan kemanusian. Seperti yang ditulis "Kamu belum bahagia selagi belum menemui ajal" apakah yang boleh Pak Khalid terangkan disini. Kerana petikan mereka dan sebelumnya seperti menghantui saya dalam siuman.

Anonymous said...

danial raid ballan
...................................
Pak Khalid saya orang jahil. Saya sudah lama mencari orang yang boleh saya jadikan panduan dan inspirasi. Antara pilihan saya di Malaysia ini adalah Anwar Ibarahim, tetapi mungkin terlalu jauh untuk saya mengejar beliau buat masa ini, dan melihat beliau dari dekat. Saya ingin menjadi anak didik Pak Khalid, bolehkah Pak Khalid membenarkan saya. Ini email saya untuk dihubungi; cabaxsin@yahoo.com
moga-moga dipertimbangkan.

Khalid Jaafar said...

Danial, Sofokles (Sophocles) menulis tiga drama tragedi tentang kisah dan nasib Oedipus -- "Oedipus Tiranus" (Oedipus Sang Sang Raja) "Antigoni" dan "Oedipus di Kolonus." Tirai drama Oedipus Sang Raja dibuka dengan negeri Thebe ditimpa mala petaka kerana jenayah yang tidak dihukum dan kedurjanaan yang tidak disucikan dan rakyat negeri itu datang mengadu kepada raja mereka Oedipus. Kemudian berlaku pencarian identiti penjenayah dan sumber kebejatan yang dilakukan atas titah Oedipus; dan bila identiti itu diketahui penjenayah itu tidak lain dari Oedipus sendiri. Mengetahui dirinya, mengenali diri sebenarnya, Oedipus melalui proses katarsis, menghukum dirinya sendiri.