Menurut takwim Jawa saya dilahirkan di minggu kliwon. Nah takwin Jawa pulak enggak satu, macam-macam dong -- saka, pawukon, mangsa, wetonan dan pasaran. Saya dilahirkan di minggu kliwon mengikut sukatan masa wetonan. Putaran masa mengikut wetonan digunakan untuk menilik nasib dan mencari masa yang sesuai untuk mengadakan majlis-majlis. Dan ia juga boleh digunakan untuk mengenal sifat sesaorang. Maka sifat saya, justeru dilahirkan di minggu kliwon adalah seperti berikut:
Satu lagi tipe pendiam dengan pendirian tegas dan kemauan keras. Anda sangat pandai dalam membuat orang selalu menduga-duga perasaan anda yang sebenarnya. Anda sebetulnya cukup sensitif, tetapi jangan berharap orang lain akan mempercayainya pada saat mendengar anda beradu pendapat. Anda pandai bersosialisasi, pandai berbicara, dan memiliki bakat politik yang besar. Dengan kelebihan seperti ini, tidak mengherankan tipe-tipe seperti anda sering mencapai kedudukan yang tinggi!
Mahu percaya? Apapun saya seronok membacanya. Dan kamupun boleh mengenal wetonan anda, diri kamu atau cewek kamu, dengan memasukkan tarikh lahir. Ilmu ini boleh dipelajari disini di sini. Boleh belajar ilmu Jawa, tapi jangan sampai tidak liberal!
Monday, October 16, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
menarik..
usah khawatir pak khalid..nggak ilang liberalnya pelajarin ilmunya jawa ini..
=)
Salam dari saya, Jawa Jenjarum, Banting, Selangor. Orang selalu menyangka Jawa hanya ada di Johor. Di kampung saya. belum ada sesiapa yang bernani buat kenduri menggunakan pinggan. Semua masih nasi ambeng!
Apa Pak Khalid ini pernah ke Jawa dan mempelajari primbon disana...? Mungkin akan seru dan ramai Pak.
Post a Comment